Short Story :Apa Erti Cinta?
Written by : hamizashuhada on Monday, 5 November 2012 | 01:56 | 0 comments
Pagi itu aku bersujud kepada Yang Maha Esa.Aku memohon dalam solatku agar ditunjukkan siapakah sebenarnya pemilik tulang rusuk yang menjadikan aku.Adakah kau?Aku tidak dapat menolak hakikat bahawa aku sangat berharap insan yang akan muncul dalam mimpiku adalah kau.Aku keliru dalam memilih antara kau atau dia untuk menjadi pendampingku.Tujuh puluh lima peratus hatiku mendesak supaya menerima kau.Aku juga tahu,petunjuk itu bukan hanya datang melalui mimpi.Apabila aku berasa tenang dan nyaman bersama kau,aku tahu.Mungkin kaulah jodohku.Pada aku,jodoh itu adalah satu rezeki.Kurniaan Allah yang tiada bandingannya.Dan aku berharap khalifah yang akan membimbingku dapat membawa aku keJannah-Nya.Insya'Allah.
                                                                       ***
"Ami harap Fiya dapat berterus terang tentang apa perasaan sebenar Fiya terhadap Ami.Adakah sama seperti yang Ami rasakan?"Soalnya beberapa hari yang lalu.
Aku berfikir sejenak.Memikirkan apakah jawapan terbaik yang dapat aku gunakan  untuk memberitahunya bahawa aku juga merasakan hal yang sama. "Fiya tak dapat berterus terang dengan Ami.Fiya taknak luka..."Tidak sempat aku menghabiskan ayatku,Ami manyampuk.
"Ami sanggup tunggu masa yang sesuai untuk Fiya jawab soalan tu.Cuma,Ami harap jawapan Fiya tidak menghampakan Ami kerana Ami dapat lihat rasa cinta dalam mata Fiya."
Kemudian dia terus berlalu pergi.Pergi dan tidak menoleh kebelakang lagi.Dia cuma menanti aku menghubunginya untuk ku khabarkan jawapanku.
Lain pula ceritanya dengan Arul.Atau nama panjangnya,Fazrul Affiq.Dia sedikit memaksa hingga membuat aku terkilan dengan sikapnya.Aku bencikan sikapnya itu.Tapi dia adalah pilihan Umi dan Ayah.Aku tertanya-tanya apa agaknya yang orang tuaku lihat pada Arul.
Aku tahu 'couple' dilarang dalam islam.Justeru itu aku cuba menghindarkan diri daripada ber'couple'.Aku cuma ingin mempunyai hubungan yang halal disisi Allah.Yakni perkahwinan.Bukankah cinta selepas kahwin lebih manis?Aku bermimpi untuk dapat seorang suami yang romantik.Ya,romantik.Tapi hanya romantik terhadap aku dan bukannya romantik dengan semua perempuan yang ditemuinya.Masih adakah lelaki seperti itu didunia ini?Aku yakin ada walaupun mungkin boleh dianggap satu dalam seribu.Aku sudah pun bertemu dengan lelaki persis yang aku idamkan.Dan aku yakin dia mampu menjadi khalifah yang bakal membimbing aku ke jalan yang diredhai.
Dia adalah Farel Hazmi.Lelaki yang sudah berjaya memikat hatiku.Lelaki yang telah menyatakan perasaannya terhadap diriku.Dan dia juga lelaki yang aku inginkan sebagai seorang suami.Aku ingin menerima lamarannya andai dia melamarku.Tetapi dia masih menunggu jawapan dariku sedangkan dia sudah tahu dengan nyata perasaanku kepadanya.Kerana aku pernah terlepas cakap bahawa dia adalah lelaki yang kedua paling aku sayang selepas ayahku.
                                                                      ***
Aku tergamam melihat banyaknya hantaran yang beratur di ruang tamu rumahku.
"Ha,Fiya..Tadi ada orang datang meminang Fiya."Ujar Umi.
"Umi terima?"Soalku ringkas.Apabila Umi mengangguk,aku terus terdiam.Kenapa Umi mengambil keputusan tanpa bertanya kepadaku terlebih dahulu??Bentak ku dalam hati.Bagi aku,ketika itu segala harapan dan impianku musnah.MUSNAH!
"Maafkan Umi.Dah empat pinangan Fiya tolak.Umi risau lepas ni tak ada pinangan masuk lagi.Fiya nak ke jadi anak dara tua sampai bila-bila?"
"Umi,Fiya baru 24 tahun.Fiya ada banyak waktu lagi.."
"Macam mana kalau ajal Fiya ditakdirkan sebelum Fiya berumur 25 tahun?Fiya sanggup ke pergi sebelum merasai nikmat alam berumah tangga?"
Aku mengeluh."Kalau ajal Fiya sebelum kahwin pun,Fiya tak ralat.Fiya akan lebih kecewa kalau Umi paksa Fiya kahwin sekarang."Tegasku.
"Fiya dah ada pilihan sendiri?"Tanya Umi pula.
Aku terdiam sekali lagi.
"Fiya diam,maknanya tak ada kan?Umi tak peduli,Fiya tetap kena terima perkahwinan ni."
                                                                     
                                                                         ***
Wahai bakal imamku,segeralah kau muncul.
Ami..Mana Ami menghilang?Fiya dah cuba hubungi Ami.Fiya betul-betul dalam kesusahan.Fiya ingin mencari jalan keluar,dan satu-satunya penyelesaian adalah dengan memberitahu Ami perasaan Fiya yang sebenarnya.Ya,Ami.Fiya menyesal kerana berbohong tentang perasaan sendiri.Dan kini Fiya dipaksa menikahi seseorang yang Fiya tidak kenali.Ami,lelaki yang Fiya harapkan menjadi raja dalam hati Fiya untuk selama-lamanya.Tak pernah ada orang lain.Fiya takkan rela jika terpaksa kahwin dengan lelaki lain.Fiya berbohong tentang perasaan sebenar Fiya kerana Fiya risau andai Ami mengajak Fiya bercinta.Sedangkan bukankah lebih elok jika kita bercinta selepas kahwin?
Fiya tidak dapat menafikan perasaan Fiya.Fiya ingin sekali memberontak.Tapi Fiya akur.Fiya akan terima walau siapapun lelaki itu demi ibubapa Fiya.Sekalipun lelaki itu bukan Ami.Ya.sekalipun lelaki itu bukan Ami!

Dua bulan kemudian...
Sehelai selendang kain lace berwarna krim diletakkan keatas kepalaku.Aku membiarkan sahaja apa yang dilakukan mak andam.Hari ini aku adalah NurHazra Saffiya yang redha.Pasrah dengan ketentuan takdir bahawa aku akan menjadi milik orang lain,bukannya Ami yang kucinta.
Tanpa sedar,setitik air mata jatuh kepipiku.'Ya Allah..Peritnya dugaan ini.'
"Ya Allah budak ini!Penat-penat aku mekapkan,kau menangis pulak!Tengok dah comot muka kau ni."Bebelan Kak Limah,iaitu mak andamku memecahkan lamunan yang baru hendak muncul.
Aku terpinga-pinga.Ada ke aku menangis?
Oh ya,mataku kelihatan merah sedikit.Aku memandang Kak Limah lantas tersenyum simpul.
Fikiranku masih ligat menghitung saat aku bakal diijabkabulkan.

Hatiku tawar.Tiada langsung timbul niat untuk memandang atau ,encuri pandang wajah bakal suamiku.Aku hanya menundukkan wajah.Tapi..
"Farel Hazmi bin Ahmad,aku nikahkan engkau dengan NurHazra Saffiya binti Sulaiman dengan mas kahwinnya 200 ringgit tunai."Ucap tok kadi.
"Aku terima nikahnya NurHazra Saffiya binti Sulaiman dengan mas kahwinnya 200 ringgit tunai."
"Sah?"Soal Tok kadi.
"sah.."jawab beberapa orang saksi nikah yang ada di ruang tamu rumahku.
AMI???
Ketika itu aku terkesima.Terkejut.Dan tergamam.Tak dapat mempercayai bahawa lelaki yang baru sebentar tadi menjabat tangan Tok Kadi ialah Ami.Dambaan jiwaku.
Aku mengucapkan syukur didalam hati.Sesungguhnya setiap kejadian ada hikmahnya.Mujur aku tidak memaksa umi menolak lamaran si jejaka.Ya,Allah akan memberikan yang terbaik untuk setiap hambanya.

                                                                       ***
"Ami menghilang ke mana selama ni?Fiya call,Ami tak angkat.Fiya message pun Ami tak reply"Tanyaku setelah selesai majlis pernikahan kami.
"Ami tak menghilang kemana pun Fiya.Ami ada disini memerhatikan Fiya.Tak pernah sedetik pun Fiya hilang dari mata Ami."Jawab suamiku."
"Maksud Ami?"Soalku lagi,tidak mengerti.
"Selepas Allah,Rasul ,Ibu dan Abah..Fiyalah orang yang paling Ami cinta.Fiya ada dalam hati Ami setiap masa.Fiya ada dalam doa Ami setiap kali Ami memohon kepadanya.Fiya ada dalam fikiran Ami setiap kali Ami berfikir."
Ah,sebak pula jadinya setelah mendengar jawapan Ami.
"Ami,Ami janji akan jaga Fiya dengan baik kan?"
"Insya-Allah sayang.Selagi hayat ditanggung badan,Fiya akan jadi satu-satunya suri dalam hati Ami.Ami akan cuba membimbing Ami menjadi seorang isteri yang solehah.Kita sama-sama mencari syurgaNya , ya sayang?"
Aku mengangguk.Ya Allah,terima kasih untuk kebahagiaan ini.Sesungguhnya,cinta yang sebenar adalah cinta kepadaMu.Apabila ada cinta untukMu,maka lahirlah cinta untuk anak Adam yang lahir dari perasaan yang halus.Erti cinta yang sebenar adalah apabila hubungan itu tidak dicemari dengan hawa nafsu.Tanpa cinta,seseorang akan merasai kekosongan dalam hatinya.Ami,Fiya harap kita dapat bersama hingga selamanya.Kecuali ajal memisahkan kita.


Post a Comment