Short story: Pencuri Hati ( I )
Written by : hamizashuhada on Monday, 5 November 2012 | 08:16 | 1 comments
"Woi!Bagi baliklah mp3 tu.Aku nak gunalah woi!"
Haiqal menjelirkan lidahnya.Memang dia gemar mengusik Sara.Dia suka melihat wajah gadis itu apabila marah.Haiqal terus berlari memasuki rumahnya.
'Tak guna betul Haiqal!Suka hati dia je ambil mp3 tu.Kalau dia dengar lagu-lagu dalam tu,matilah aku.Dahlah semua lagu jiwang.'Marah Sara dalam hati.Dia lantas mencari idea supaya dia dapat mengambil kembali mp3 itu dari tangan Haiqal sebelum Haiqal mendengar lagu-lagu didalamnya.
Sara yang melihat auntie Noraini,ibu Haiqal segera meminta izin untuk masuk ke dalam rumahnya.Dan setelah mendapat kebenaran,laju sahaja kakinya melangkah ke dalam rumah Haiqal.
                                                                      ***
Haiqal ketawa tidak henti-henti.Sudah cuba ditahan,tapi masih juga terhambur keluar.Langsung tak pernah disangka gadis berhati keras macam Sara meminati lagu-lagu yang jiwang.Ketika itu matanya ralit melihat skrin gajet kecil berwarna biru turqoise itu.Nah,ada lagu Lewat Semesta,Bukan Salahku,DiAntara Sepi.Semuanya nyanyian Randy Pangalila.Tak tahu pula dia bahawa selama ini Sara meminati artis dari seberang itu.
Sara menepuk dahi sendiri.'Oh No!!Dia dah dengar!Malunya!!'
"Ehem..ehem."Sara menegur Haiqal.Lelaki itu menoleh.Sekali lagi tawanya meletus apabila melihat wajah Sara.
"Aku nak balik mp3 aku tu."Kata Sara menahan marah kerana ditertawakan oleh Haiqal.
"Oh,nah..Ambillah."Haiqal menghulurkan gajet itu kepada Sara.
"Okay,aku blah dululah."Sara meminta diri.Manakala Haiqal hanya mengangguk-angguk.
Namun belum sempat Sara keluar dari rumah Haiqal,terdengar lelaki itu berkata "Nampak brutal,tapi layan lagu jiwang.Pigidah!"
Sara lantas keluar dengan muka cemberut.Kurang ajar punya Haiqal.Tunggulah balasan aku!

KRINGGGGGGGGGG..
Bunyi loceng SMK Tanjung Penawar menyebabkan pelajar-pelajar mula keluar dari kelas masing-masing.Suasana mula hingar bingar.Yalah,siapa yang tak seronok apabila dapat pulang kerumah setelah berjam-jam memerah otak disekolah?
Sara menolak basikalnya keluar dari pagar sekolah.Entah kenapa,hari ini dia merasa tidak sedap badan.Kepalanya terasa amat berat.Kalau boleh,mahu sahaja dia baring diatas jalan tar.Pancaran matahari mula garang memunculkan dirinya.Kepala Sara semakin berat.Pandangannya mula berpinar-pinar.
Batu ditepi jalan dia sepak.Geram dengan basikalnya yang tiba-tiba buat perangai.Terpaksalah dia kesekolah berjalan kaki hari ini.Haiqal mengesat peluh didahinya.
'Eh,tu bukan Sara ke?'Detik Haiqal dalam hati.Dia berlari-lari anak ke tempat sekujur tubuh yang terbaring ditanah.
"Ya Allah!Sara.Kenapa dengan kau ni?Sara?"Dia menepuk-nepuk pipi gadis itu.Tapi tetap jua gadis itu kaku.
Tanpa berfikir panjang,Haiqal mencempung gadis itu.Mujurlah Sara kecil sahaja orangnya.Rasanya tinggi Sara tidak sampai 157cm pun.Badan Sara ringan sahaja.46kg mungkin.Dan mujur juga dia setinggi 170 dan  berat badannya 65kg..Jadi,agak mudah untu mengangkat Sara.


"Ya Allah!Sara!!Kenapa ni,nak?"Puan Farah terkejut melihat anak daranya didalam cempungan Haiqal.
Dia memberi laluan kepada anak muda berusia 17 tahun itu untuk membawa anaknya ke kamar.
"Haiqal jumpa dia kat tepi jalan tadi mak cik.Terbaring kat atas tanah."Jelas Haiqal.
"Terima kasihlah Haiqal.Kalau takde Haiqal,entah apalah akan terjadi pada Sara."Ujar Puan Farah.
"Tak ada apa lah mak cik.Sara kan kawan saya.Takkan saya tak nak tolong pula?"Jawab Haiqal pula.Lalu dia meminta izin untuk pulang kerumahnya.

**to be continued**



Blogger ♥ Lia Abdillah ♥ said...

Awak, sambunglah ye !

 

Post a Comment