Short Story : Pencuri Hati ( II )
Written by : hamizashuhada on Sunday, 30 December 2012 | 20:11 | 0 comments
Sara membuka matanya perlahan-lahan.Berat benar rasanya mahu mengangkat kepalanya dari bantal.Dia menguatkan diri memanggil ibunya.Sekarang dia berada di dalam situasi kecemasan.Dia perlu ke tandas.Tetapi dia tidak yakin dapat berjalan sendiri ke tandas berikutan kepalanya yang berpusing-pusing ketika ini.Puan Farah laju sahaja masuk ke bilik anak itu setelah mendengar namanya dipanggil.
"Kenapa Sara?"Soalnya lembut.Tangannya mengusap-usap rambut anak itu.                                                 "Sara nak pergi toilet."Jawab Sara.                                                                                                                           Puan Farah memegang tangan Sara kuat,dan dibawa ke bilik air.Setelah sampai dihadapan bilik air,dia membiarkan Sara masuk sendiri.Ya,setakat ini sajalah dia dapat membantu anaknya itu.Masakan hendak dikawal hingga kedalam bilik air?                                                                                                                
Dari luar kedengaran Sara sesekali terbatuk-batuk.Risau Puan Farah memikirkannya.Kenapa dengan anaknya iyu?Tidak pernah pula sebelum ini dia pengsan.Tidak habis-habis lagi dia bersyukur kepada Allah kerana menjadikan Haiqal sebagai penyelamat anaknya semalam.Jika lelaki lain yang melihat Sara dahulu,tidak tahu apa akan terjadi kepada anak itu.Yang dia tahu,anak muda bernama Haiqal itu memang boleh dipercayai.    

Haiqal membaling-baling bola golf yang berada ditangannya.Entah dari mana datangnya bola itu,dia pun tak tahu.Yang penting sekarang ialah Sara.Hatinya meronta-ronta mahu kerumah gadis itu.Tetapi nanti apa pula kata Puan Farah.Risau bukan kepalang hatinya melihat Sara pengsan semalam.Sara sakitkah?Sakit apa?Kenapa dia tak pernah tahu pun.                                                                                                                      Ahh,dia tidak peduli lagi.Pokoknya dia harus pergi ke rumah Sara sekarang juga.Ya,sekarang juga.Dia sudah tidak betah lagi bersenang lenang dirumah sedangkan cinta hatinya entah apa cerita dirumahnya.Eh?Cinta hati?Sejak bila pula Sara itu menjadi cinta hatinya.Ah,lantaklah.Haiqal tersenyum sendirian.Satu hari akan diberitahu juga kepada Sara rahsia hatinya.Pasti.                                                                                        
"Assalamualaikum."Puan Farah menjawab salam yang diberi.Dia menjenguk ke luar
"Oh,Haiqal.Jemput masuk."Katanya sambil tersenyum.Haiqal mengangguk.Mujur sahaja Puan Farah menjemputnya masuk.Jika tidak kalut juga dia ingin mencari alasan untuk menjenguk Sara
"Sara dah sihat ke mak cik ?"Soal Haiqal setelah duduk diatas sofa empuk diruang tamu rumah Sara.
Puan Farah mengeluh sedikit. "Sihat orang sakit lah Haiqal.Batuknya tak habis lagi.Haiqal nak tengok dia ke?Boleh tapi dia tidur.Tak boleh nak bercakap dengan dia."Terang Puan Farah.
 Haiqal bersetuju untuk menjenguk Sara didalam biliknya.Puan Farah pula meminta diri.Bukan dia tidak risau membiarkan anak daranya berdua sahaja didalam kamar dengan Haiqal,tetapi dia percayakan Haiqal.                             Sedang Haiqal merenung dalam-dalam wajah Sara,gadis itu terbangun.Kelam kabut Haiqal memandang kearah lain.
"Haiqal?"Panggil Sara.Lemah sahaja suaranya.
Haiqal menoleh kearah Sara.Dia tersenyum tawar.Sedihnya hati mendengar suara Sara.Jauh berbeza dari suara Sara ketika sihat.Penuh bertenaga.
"Kau dah jaga Sara?Err,aku balik dululah ye."Haiqal meminta izin.                                                                       "Eh,Haiqal.Sekejap.Err,terima kasihlah tolong aku hari tu.Kalau kau takde,aku tak tahu lah apa jadi kat aku."Tutur Sara sambil menunduk ke bawah.Tidak kuat untuk menatap muka Haiqal yang double triple handsome itu.Eh,dalam pada sakit sempat lagi kau menggatal eh.Sara memarahi dirinya sendiri.                     Haiqal mengangguk sedikit.        
"Takde hal lah.Kebetulan masa tu basikal aku rosak."Jawab Haiqal.      
Seketika suasana sepi menyelubungi mereka berdua.Masing-masing tidak tahu apa yang perlu dibicarakan.Haiqal telan air liur.Sara bermain-main dengan jarinya.
"Err,Sara.Aku balik dulu lah ye."Sekali lagi Haiqal meminta diri.Kali ini tidak dihalang oleh Sara.Sara menghantar pemergian Haiqal lewat lirikan matanya.                                                                                    

Nak hantar ke tak nak?Hantar ke tak?Haiqal menghitung sendiri baik buruknya perbuatannya itu.Telefon bimbit ditangan digenggam kuat-kuat.Dia memandang skrin telefon tersebut.Ahh,hantar jelah.Tekad hatinya.Setelah mesej dihantar,dia menyorok bawah selimut.Padahal dia sendiri tahu tiada motif jika dia menyorok disitu.Inikan rumahnya.Mustahil cinta hatinya itu boleh masuk ke sini tanpa kebenarannya.            
Sara merenung skrin telefon bimbitnya dengan wajah tidak percaya.Bergetar tangannya memegang telefon itu.Benarkah?Oh tidak!Apa yang sedang berlaku?Haiqal memang dah gila.Ya,Haiqal dah gila.Tapi,rasanya jika dibandingkan Haiqal dan dirinya sendiri,Sara lebih gila.Dia memandang kotak kecil yang isinya penuh dengan gambar Haiqal yang ditangkap curi.Ada juga selipar Haiqal yang telah dibuang pemuda itu.Pensel Haiqal,Buku-buku Haiqal.Semuanya ada didalam kotak itu.Betapa dia menggilai Haiqal
Tapi sekarang.Hari ini.Saat ini.Dia mencubit pipinya sendiri.Masih tidak percaya Haiqal yang menghantar SMS sedemikian rupa.Haiqal sukakan dia juga.Oh My God!Sara melompat-lompat diatas katilnya.Mahu saja dia menjerit.Nampaknya crushnya selama hampir 10 tahun itu juga punya perasaan yang sama sepertinya.
Malu malu Sara menghantar balasan untuk lelaki itu.Kali ini Haiqal pula yang melompat-lompat seperti kera dapat bunga.Nampaknya perhubungan mereka akan menjadi lebih serius selepas ini.Jika ada jodoh,mungkin sehingga ke jinjang pelamin.Siapa tahu?

7 Tahun Kemudian **
Bunyi paluan kompang bergema diseluruh kampung.Di satu sudut,kelihatan orang ramai berkumpul.Seolah-olah mahu melihat sesuatu yang hebat.Khemah berwarna peach-putih itu kukuh sekali dipasang.Nun jauh dihujung sana,sepasang pengantin sedang diraikan dengan majlis menepung tawar.
Si suami tersenyum pada isteri yang kelihatan malu-malu duduk diatas pelamin.Dalam hati si suami , Yes!Akhirnya dapat juga aku muliki cinta hatiku selama ini.Seronok dia melihat wajah gembira si isteri.Sara memandang suaminya,Haiqal.Hatinya juga senang,akhirnya dia dapat bersama dengan encik pencuri hatinya.YAHOOOOO!!!

TAMAT//

Post a Comment