Belated Post : Congratulations JOZAN !!
Written by : hamizashuhada on Saturday, 19 January 2013 | 02:14 | 2 comments

Hye hye  
This special shout out is for Jozan !! Yeay . Dorang juara Maharaja Lawak Mega 2012 *smiling*
Alhamdulillah , group yang aku minat sangat-sangat akhirnya bergelar juara.Walaupun dua minggu Johan tak buat performance atas sebab kesihatan , Jozan tetap meletop sebab ada Zizan.Hihi.
Yang paling aku tak boleh lupa masa Zizan jadi Ustaz Azhar Idrus kot , yang dia cakap "Nampak macam dia,tapi bukan dia bukan dia."LOL Masa tu Zizan comel sangat.Hehe.Pastu semalam sangat terkejut bila tiba-tiba Johan muncul atas pentas tiru macam Awie.Comel sangat "POYO" .. hehe. Then lagi satu masa Zizan kata nama dia "MUHAMMAD SUPPER BIN BREAKFAST." Lawak gila kot <3
Setiap minggu pun Jozan berada di tangga teratas dalam carta undian.Memang dah target dorang menang.Tapi tak dapat dinafikan saingan dari kumpulan lain especially Jambu dengan Shiro pun sangat hebat.Lagi-lagi Jambu.Dengan keslumberan dorang tu.Pak Yus ngan Tauke memang pandai buat mimik muka nak bagi orang gelakPastu tak habis-habis dengan "tuju lagu" dan "teo o ais ikat tepi" dorang.Haha..Ajak Shiro dengan Shahrul Shiro pun best juga.Suka tengok Shahrul Shiro tiru watak Tok Hadi dalam cerita tanah kubur.
Kumpulan Jozan yang dianggotai oleh  Zizan dan Johan akhirnya dinobatkan sebagai juara Maharaja Lawak Mega 2012.Acara pada malam tadi yang dihoskan oleh AC Mizal begitu meriah dengan sokongan oleh peminat-peminat finalis yang datang menonton.Juri-juri dari tiga buah negara iaitu Awie dan Lisa Surihani (Malaysia) , Najip Ali (Singapura) dan Wulan Guritno (Indonesia) yang merupakan juri tetap bagi pertandingan ini ternyata teruja dengan persembahan para perserta.Tempat kedua dimenangi oleh kumpulan Jambu yang dianggotai oleh Tauke dan Yus manakala kumpulan Shiro yang dianggotai oleh Ajak dan Shahrul mendapat tempat ketiga.Tempat keempat dan kelima dimenangi oleh kumpulan Boboi dan Saywho(Indonesia).Kumpulan Jozan yang membawa pulang RM500 000 dan sebuah trofi ternyata memang layak memenangi pertandingan ini.Tahniah diucapkan kepada semua :)
Last but not least , congratulations Zizan Razak dan Johan . I love both of you !! Hihi . Keep up your good work okay.Masa Johan sujud tu rasa cam sebak pula.Hihi.Teruskan berlawak tau!Saya doakan persahabatan korang akan kekal selama-lamanya.Amin :)
Blogger \\ Tqah Jihah // said...

Jyeah ! Jozan menang :) konpem diorang menang :D

 
Blogger \\ Tqah Jihah // said...

Jyeah ! Jozan menang :) konpem diorang menang :D

 

Post a Comment