Maaf.
Written by : hamizashuhada on Tuesday, 15 January 2013 | 23:55 | 0 comments
Hye hye 
Maaf.
Meminta maaf dan memberi kemaafan.Dua perkara yang paling sukar untuk dilakukan.Kadang-kadang mesti kita akan rasa malu nak minta maaf even kita tahu kesilapan yang terjadi tu memang salah kita pun.Tapi sebab ego,kita menidakkan sesuatu yang 101% benar itu.
Sebenarnya perkataan MAAF itu ialah sesuatu yang memudahkan.Ya,mudah.Dimana dengan maaf , pelbagai salah faham dan masalah dapat diselesaikan.
Tapi ada juga sesetengah orang ( termasuklah aku ) mudah memaafkan orang,tapi takkan melupakan salah orang tu kat kita.Faham tak?Maksudnya ya , kita maafkan seseorang tu tapi kita still ingat apa yang dia pernah buat kat kita.Memang susah nak lupakan kesalahan seseorang.
Meminta maaf.Tolonglah ingat ni.Kita minta maaf kat seseorang haruslah ikhlas , bukan sebab terpaksa atau dipaksa.Ini kerana kita meminta ihsan orang untuk memaafkan kita.Memaafkan.Memaafkan pun kena ikhlas,Tapi macam aku cakap tadi , memaafkan tidak bermakna kita melupakan kesalahan tersebut.Cuma mungkin akan ada rasa senang hati sikit kerana kita tahu orang tu sedar akan kesalahan dia dan meminta maaf.
Dengan maaf , hubungan yang keruh boleh pulih semula.Keluarga yang berantakan boleh bersatu semula.Persahabatan yang terjejas boleh terjalin semula.
Janganlah kita minta maaf waktu hari raya je.Sebab tak tentu lagi semua orang akan meminta maaf pada hari raya.Ada juga yang seolah-olah tiada perasaan,buat tak tahu je bila orang semua bermaaf-maafan.Maaf ini tiada had waktu,umur,jantina mahupun kaum dan darjat.
Tak semestinya orang yang lebih tua tak boleh meminta maaf daripada orang yang lebih muda.Orang tua pun ada buat salah juga.Kesalahan tu bukan dilakukan oleh orang muda je . Ye tak?Jadi tak timbul isu dimana orang tua tak boleh meminta maaf kat orang yang lebih muda hanya kerana mereka terlebih dahulu makan garam sebelum kita jadi mereka tahu semuanya.Ye ke macam tu?Kalau macam tu tak fair lah.
Okay sampai sini dulu.Bye bye !

p/s : mama ajak buat business cup cake ? nak ke tak nak eh ?

Post a Comment