Obses.
Written by : hamizashuhada on Monday, 14 January 2013 | 00:17 | 1 comments

Hye hye 
Blog berwajah baru.Haha daripada yellow mustard turn to pink+grey+blue.Macam mana ? Okay tak?Nampak macam pelik je tapi biarlah.Takde idea tema yang tetap,apa yang aku tahu , aku nak tukar semua item dalam blog ni.
Jadi hari ni aku nak bercakap pasal gadget.Yes,gadget.
Gadget ni termasuklah your iPad,iPhone,Samsung Galaxy Note,Samsung Galaxy Camera and so on.Kalau nak list kan satu persatu memang banyak lah kan.Dunia semakin maju,the invention of these gadgets pun semakin berleluasa.Semua orang pun macam tertarik untuk memiliki gadget-gadget ni.But instead of these gadgets,aku lebih prefer makanan.Hahahah yes I do love food so much.
Okay okay back to the topic.tadi ada PMD kat sekolah ( PMD stand for Program Maju Diri ) dan penceramah jemputan tu ada menyentuh tentang salah satu pengganggu fokus kita iaitu gadget.Lagi-lagi sekarang ni dah ada iPad Mini yang kecil lagi comel lote tu kan?Memang senang lah nak bawa ke hulur ke hilir.Kalau guna lappy susah sikit.Takkan nak berjalan bawa lappy?Dah lah dia berat kan?Penciptaan gadget-gadget ni memang banyak manfaat dan fungsinya kepada kehidupan seharian manusia.
But still , walaupun ada kebaikannya ,penciptaan gadget jjuga ada keburukannya.Sesetengah golongan yang kurang berkemampuan khususnya remaja pastinya juga akan tertarik kepada gadget ini.Dan oleh kerana mereka kurang berkemampuan untuk memilikinya,ada antara mereka yang meminggirkan diri dan malu kerana tidak memiliki item-item yang boleh dikatakan sebagai satu trend pada zaman sekarang.
Tapi apa yang aku nak tekankan kat sini ialah keadaan dimana seseorang remaja itu terlalu obses terhadap gadget-gadget yang dicipta saban hari.Ada antara mereka yang sampai lupa tanggungjawab sebagai seorang pelajar akibat terlalu sibuk dengan gadget mereka.Terdapat juga segelintir yang ada keinginan untuk belajar,tapi bila dia baru mahu membuka buku,mulalah telefon bimbit canggih mereka itu mengeluarkan notification BBM,IM,TWEET dan sebagainya.Mula dari situ,remaja terdorong untuk terus menumpukan perhatian kepada gadget mereka itu dan terus terlupa niat sebenar mereka yang tergendala tadi iaitu belajar.
Konklusinya,tidak salah untuk seseorang itu memiliku gadget terkini , kalau mampu mereka boleh memiliki kesemuanya.Tapi mereka harus pandai mengehadkan penggunaan dan mengawal diri daripada terlampau obses dengan barang-barang ini.Teknologi dicipta untuk kemudahan manusia,dan kemudahan itu sepatutnya memberi kesan baik bukan sebaliknya.
Okay,itu je untuk hari ni.Saya meluahkan semuanya mengikut pendapat saya sendiri.Maaf jika ada yang terasa hati :)

Blogger hainom OKje said...

Anak OKje yg kecik tu suka sangat kamera yg besar tu.... berangan betul.... tak de sapa nak belikan ha..ha...

 

Post a Comment