Sebenarnya ni suka ke cinta eh?
Written by : hamizashuhada on Friday, 25 January 2013 | 00:36 | 3 comments

Hye hye ♥
Ehem,sebelum itu,minta maaf kepada sesiapa yang rasa budak bawah umur cam aku ni tak sesuai post entry macam ni.Aku just nak share je hewhew.


  • Bila awak menyukai seseorang,awak ingin memilikinya untuk kepentingan awak sendiri.Bila awak menyayangi seseorang,awak ingin membuat dia bahagia dan bukan untuk diri awak sendiri.Dan bila awak mencintai seseorang,awak akan melakukan apa pun untuk dia walaupun mengorbankan perasaan sendiri.
  • Bila awak menyukai seseorang,dan dia menangis,awak akan katakan : "sudahlah,jangan menangis.".Bila awak menyayangi seseorang,dan dia menangis,awak akan menangis bersamanya.Dan bila awak mencintai seseorang,dan dia menangis,awak akan membiarkan dia menangis dibahu awak sambil berkata,"Awak jangan risau,kita akan selesaikan masalah ini bersama-sama."
  • Bila awak menyukai seseorang,saat awak melihat dia,awak akan berkata "awak nampak handsome/cantik".Bila awak menyayangi seseorang,awak akan melihatnya dengan hati dan bukan dengan mata awak.Dan bila awak mencintai seseorang,saat awak melihat dia,awak akan berkata "Awaklah anugerah terindah dalam hidup saya."
  • Bila awak menyukai seseorang,dan dia memyakiti hati awak,awak akan marah dan tidak lagi bercakap dengannya.Bila awak menyayangi seseorang,dan dia menyakiti awak,awak akan menangis dalam diam kerana tidak mahu dia tahu awak sakit kernanya.Dan bila awak mencintai seseorang,dan dia menyakiti awak,awak akan katakan "tak mengapa,dia tak tahu apa yang dia lakukan"
  • Bila awak menyukai seseorang,awak akan memaksa dia untuk menyukai awak.Bila awak menyayangi seseorang,awak akan biarkan dia memilih yang terbaik untuk dirinya.Dan bila awak mencintai seseorang,awak akan selalu menantinya dengan tulus.
  • Bila awak menyukai seseorang,awak akan sentiasa ada saat dia gembira.Bila awak menyayangi seseorang,awak akan sentiasa ada untuknya bila-bila sahaja dia memerlukan awak.Dan bila awak mencintai seseorang,awak akan sentiasa ada dengannya tak peduli bagaimana keadaan diri awak sekalipun.
  • Bila awak berhadapan dengan orang yang awak suka,hati awak akan gembira.Bila awak berhadapan dengan orang yang awak sayang,awak akan sentiasa tersenyum.Dan bila awak berhadapan dengan orang yang awak cinta,hati awak akan berdebar kencang.
  • Bila awak berada dengan orang yang awak suka,awak tidak akan merenung matanya.Bila awak berada dengan orang yang awak sayang,awak akan menatap curi matanya dalam diam-diam.Dan bila awak mencintai seseorang,awak akan merenung matanya dengan ikhlas.
All right,tu je lah.Hello,korang termenung apa tu?Terbayang siapa tu?Hehehehe :p Tapi bagi aku,aku lebih suka perasaan sayang.Sebab nampak lebih sweet kan,cuba korang baca balik semua pasal 'sayang' yang aku listkan.Maaflah kalau entah apa-apa je post ni.Biasalah budak tujuh belas tahun nak bercakap pasal perasaan.Memang haru biru lah kan?Okay bye!
I do miss somebody :(

Blogger Farah Farhana said...

bole copy x?? sy nak letak kat fesbukk.. teheee :) lagu kt blog awk ni best la. Sesuai ngn blog awak :D

 
Blogger tieqa said...

aww xD jiwang ;D

 
Blogger nurhamiza shuhada said...

@Farah Farhana : Okay :D
@tieqa : Hehehe :)

 

Post a Comment