Tips Belajar Dengan Berkesan
Written by : hamizashuhada on Tuesday, 22 January 2013 | 01:28 | 0 comments

Hye hye 
Hari ni tiba-tiba je datang idea nak share tips belajar dengan berkesan kat korang.Ada sesetengahnya aku sendiri dah praktikkan,especially kaedah nota berwarna warni untuk sejarah.Okay okay kita mulakan sekarang : D

  • Buat jadual belajar > Korang kena tahu,otak kita hanya boleh mengingat fakta yang dibaca pada 15 minit terawal.So,korang janganlah push otak korang untuk masukkan maklumat and study dalam jangka masa yang panjang.Aku tahu,mesti ramai yang study 2-3 jam kan?Yes,aku pun macam tu.Tapi aku tak study straight 3 jam,aku study 15-20 minit dulu.Then aku rest kejap.Lepas 10/15 minit baru aku sambung balik.Sampai dapat 3 jam : D Dengan cara ni,kita dapat mengingat apa yang kita baca tau?Serious ..
  • Buat past year question / latih tubi > Bagi calon-calon SPM dan PMR khususnya,mesti korang ada belli buku koleksi kertas-kertas soalan tahun-tahun lepas kan?Apa lagi..jangan setakat beli je.Buat.Buat.Sebab tu dapat membantu korang nak membiasakan diri dengan format peperiksaan sebenar.
  • Buat nota ringkas > Okay , ni yang aku maksudkan di introduction tadi.Buat nota ringkas.Macam aku,aku suka buat guna pen yang colorful,nanti bersemangat nak baca nota.Kalau korang buat warna biru-hitam je tak ke rasa dull?Buat nota ni ada bermacam-macam cara : Point , peta minda , jadual dll.Aku suka guna point sebab aku rasa lebih detail and memudahkan aku faham.Aku jarang guna peta minda.Tapi apa-apa pun korang buatlah nota mengikut kesesuaian korang okay.
  • Tanya jika tak faham > Weee , yang ni aku tak praktikkan.Haha entahlah.Maybe sebab aku suka buat research or study sendiri kot.Korang jangan ikut macam aku tau!Korang bukan cuma boleh bertanya kepada cikgu korang,korang boleh je tanya kawan-kawan,kakak,abang,sepupu dan sesiapa pun yang tahu apa yang korang tanya.
  • Fokuskan lebih kepada subjek yang korang lemah > Sentiasa study balik apa-apa je tentang subject yang korang lemah.Kalau korang lemah math,banyakkan buat latihan.Kalau korang lemah subjek bahasa,banyakkan membaca.Dan begitulah seterusnya..
  • Study group > Belajar secara berkumpulan ni memang sinonim dengan semua orang pun kan?Tapi kan sebenarnya,korang kena pastikan ahli study group korang tak lebih dari lima/enam orang.Bukan apa,kalau dah ramai-ramai sangat,takut study kemana,buku kemana..and end up with gossiping -.- ahaha especially girl.Dalam perbincangan korang tu,buatlah sistem 'exchange note' dimana setiap orang akan buat nota tentang sesuatu subtopic , dan korang boleh tukar-tukar nota korang : )
  • Tampal nota-nota penting didinding bilik > Masa sekolah rendah dulu kan,aku selalu je tampal kertas sifir kat dinding sebab susah nak ingat.Bila dah buat macam tu,alhamdulillah ingat.Okay,so korang pun apa kata cuba tampal nota penting kat dinding.Takyah lah buat besar-besar guna kertas mahjong..Buat kecil and comel je.Nanti sambil-sambil korang landing atas katil boleh juga baca nota kat dinding tu kan..
  • Jangan belajar ketika mengantuk > Ni sangat penting.Ya Allah,kalau korang study masa mengantuk,memang tak ada function lah kan?Maklumat yang kita dapat tu akan masuk telinga kiri keluar telinga kanan.Better kalau korang mengantuk,korang tidur.Tidur tu jangan lama-lama pulak -.- Bila dah bangun,dah refresh kan diri sendiri,then bolehlah korang sambung study..
  • JANGAN MENDENGAR MUZIK KETIKA SEDANG BELAJAR > Tahu tak kenapa aku besarkan ayat ni?Sebab aku sendiri pun kadang-kadang suka dengar lagu sambil belajar.Baru-baru ni baru aku sedar,bila kita belajar dan dengar lagu serentak,yang lebih pantas masuk otak kita ialah lirik lagu dan bukannya pelajaran.Jadi,janganlah dengar lagu masa tengah study okay : )
  • Baca berkenaan subjek yang akan dipelajari > Sebelum cikgu mengajar,apa salahnya korang baca dulu pasal topik yang korang akan belajar.At least bila cikgu mengajar,korang dah ada knowledge dan basic sikit pasal topik tu kan?Bolehlah korang respon dengan baik bila cikgu tanya.Mesti cikgu korang happy nanti..


Okay , aku rasa sampai sini je lah dulu.Inshaa'Allah nanti aku akan buat tips belajar dengan berksean II pula : ) Good luck to sesiapa je yang baca entry aku kali ni.Bye bye !
p/s : Tips terakhir tu aku baru nak cuba praktikkan : )

Post a Comment