Kau.
Written by : hamizashuhada on Tuesday, 19 February 2013 | 00:21 | 0 comments

Hye ❤
AWAS.Entry hari ini ialah sebuah coretan tentang personal life aku.Kalau takut menyampah nak baca boleh skip ke entry lain. :)
Apa aku nak buat ni?Hari demi hari aku semakin suka kat kau.Walaupun kali terakhir aku nampak kau adalah pada November tahun lepas.Tu pun sekejap je sebab busy dengan exam.Lepas tu,sampai sekarang aku tak pernah nampak kau lagi.Aku ikhlas lah wei suka kat kau.Aku terlalu jiwang ke?Maaflah sebab kalau aku nak pergi berhadapan kau dan bagitahu kau yang aku suka kau aku memang tak mampu.Dan takkan aku nak memalukan diri sendiri sebab aku tahu even aku confess kat kau yang aku suka kau pun takkan ada apa yang berubah.You belong to her.Not me.
Mungkin orang cakap kau tak handsome.Aku peduli apa?Hahaha okay takkan aku nak cakap kau tak handsome pulak dah aku suka kau even kau memang tak handsome pun sebenarnya.Tapi bak kata orang ukur badan di badan sendiri,aku bukannya lawa pun nak minat kat orang macam Amar Asyraf kan hukhuk.Bagi aku if you're tall,dark and cool,then you're perfect enough.Aku harap agama kau pun macam tulah ya?
Mimie cakap kau sakit.Kau sakit apa wei?Aku tak tahu apa-apa pun pasal kau.Nak stalk Facebook kau pun takde function.Bukan ada apa-apa pun.Buat sakit hati adalah.Tapi apa-apa pun aku harap kau jaga diri eh?Kalau kau tak sayang diri sendiri pun,ingatlah ramai lagi yang sayangkan kau.Family kau,kawan-kawan kau,awek kau dan ... aku.
Kalau ada jodoh antara kita suatu hari nanti,insya'Allah aku akan setia pada kau selagi kau setia pada aku.Yelah,takkan aku sorang je kena setia sedangkan kau senang-senang main kayu empat kan?Insya'Allah aku takkan berpaling pada yang lain.Aku akan sayang kau sepenuh hati aku haha.Sebab kau,aku suka kau sangat-sangat encik cheese.
Tapi buat masa ni biarlah kau dengan dia.Aku harap kau tak pindah balik sini sebab kalau kau pindah aku tahu aku akan sakit hati tengok kau dengan dia -.- Dahlah dia suka masuk kelas kita.Annoying tahu?HAHAHAHA.Takdelah aku jealous ke sebenarnya.Aku harap kau tak marah lah aku suka kat kau sebab kau ingat aku pun nak sangat ke suka kau?Dah aku tiba-tiba je tersuka kau nak buat macam mana?Biarlah kalau tahun ni aku tak jumpa kau langsung kalau tu yang terbaik untuk kau.Untuk aku.Untuk kita berdua.Biarlah kita jalani kehidupan masing-masing sebab kalau dah tertulis kau tu bakal imam aku , aku tahu aku tak perlu takut kalau kau in a relationship dengan sesiapa pun.Tapi kalau jodoh aku bukan dengan kau pun aku akan terima dengan ikhlas sebab aku tahu kadang-kadang kita kena lepaskan sesuatu yang kita sayang sebab kita tahu dia akan lebih bahagia tanpa kita.
Lagi pun aku baru 17 tahun.Insya'Allah kalau panjang umur,banyak lagi rencah hidup yang aku kena lalui.Kalau bukan dengan kau,mungkin dah ditetapkan orang lain yang akan teman aku melalui kehidupan ini.Apa-apa pun aku tahu kalau aku selama ni sedang bertepuk sebelah tangan.It's okay even though it's not okay actually.But whatever it is,Dear crush , love me?
Okay bye.
                                                                               
                                                                                                                         Your Secret Admire  ❤


 

Aku rasa kalau kau tahu yang setiap page diary aku ada nama kau mesti kau bangga kan?Hikhok 








Post a Comment