Short Story : Nothing like us ♥ ( I )
Written by : hamizashuhada on Friday, 22 February 2013 | 00:02 | 1 comments

Hye hye ♥
Salam jumaat penghulu segala hari.Hari ni ada cerpen untuk korang.Weee dah lama tak post cerpen kat blog.Enjoy reading!
                                                                   ***
"KAU NI KAN KALAU TAK CARI PASAL DENGAN AKU SEHARI TAK BOLEH KAN?"Bentak Syiqa sambil matanya membuntang memandang budak lelaki di hadapannya.Tangannya digenggam kuat-kuat,takut kalau-kalau dia tidak dapat lagi menahan kesabarannya.Mahu pula penumbuknya singgah dua biji di muka tak berapa nak handsome mamat sengal tersebut.                                                                                               Arman menahan tawanya yang hampir terlepas.Kelakar sungguh melihat wajah Syiqa jika marah.Habis merah mukanya,kembang-kembang hidungnya menahan marah.Ditadahkan sahaja telinga mendengar kemarahan Syiqa.Setiap kali itu jugalah dia akan mengambil kesempatan mendengar suara gadis yang jarang-jarang membuka mulut itu.
Syiqa menyapu kembali sampah yang dengan sengaja ditumpahkan oleh Arman.Buat penat sahaja dia menyapu tadi,tapi dengan senang hatinya Arman dengan sengaja menterbalikkan tong sampah yang terletak di penjuru kelas mereka.Sudahnya,dia juga yang perlu menyapu sampah itu sekali lagi.Hendak diharapkan Chan Li Lan,sampai bila-bila pun tak akan bersih kelas mereka.Gadis cina itu teramatlah pemalas sehinggakan Syiqa harus membuat muka menyampah dihadapannya,barulah dia akan menyapu.
Arman memamdang sahaja gadis itu menyapu sampah.Jauh disudut hatinya wujud rasa kasihan melihat manik-maink peluh mulai membasahi dahi gadis itu.Mana taknya,semua kipas di dalam kelas mereka ditutup bagi memudahkan Syiqa menyapu.
"Syiqa,tengok sana."Jerit Arman tiba-tiba.Beria-ia dia menunjuk kearah luar sehingga Syiqa yang terkejut beruk itu terus memandang keluar.Kemudian Arman merampas penyapu yang dipegang Syiqa lalu menyambung tugas yang tergendala itu.Syiqa terpinga-pinga memandang penyapu di tangan Arman.
"Wei,biar je lah aku sapu.Tak payah nak tunjuk baik."Marah Syiqa.Menyampah betul dia dengan Arman yang selalu sahaja mencari jalan untuk menyakitkan hatinya.
"Hok aloh ! Orang betul-betul ikhlas nak tolong,kau ,marah-marah pulak apahal?!"
Arman membaling penyapu ke arah Syiqa hingga terkena hidung gadis itu.Lantaklah,dia tidak mahu peduli lagi.Sakit hatinya dengan Syiqa.Dia betul-betul ikhlas mahu membantu,sesedap rasa sahaja Syiqa memarahinya.Dia menendang pintu kelasnya sekuat hati sebelum menghilangkan diri disebalik pintu.
Rakan-rakan sekelasnya yang lain sudah masak dengan perangai Arman yang satu itu.Gangster tahapa apa entah mereka pun tidak tahu,Dan yang sering menjadi mangsa kemarahan Arman ialah Syiqa,gadis ulat buku.Yang Syiqa pun satu,suka benar berlawan kata dengan Arman.Sudahnya dia juga yang sakit.
Syiqa tersentak melihat Arman menendang pintu kelas.Marah benar nampaknya.Sebelum ini tidak pernah pula Arman mengamuk sampai main tendang-tendang pintu.Salahkah jika dia melarang Arman melakukan tugas yang langsing tidak diwajibkan keatasnya?Huh..Lelaki memang pelik.Keluh Syiqa sendiri.
                                                                              ***
TO BE CONTINUED :)



Blogger Iyraa Cariyno said...

jom join dan memeriahkan segmen ni

http://iyraacariyno.blogspot.com/2013/01/segmen-who-is-lucky-one-by-hanna-kk.html

 

Post a Comment