Sakit itu penghapus dosa?
Written by : hamizashuhada on Thursday, 14 February 2013 | 21:25 | 6 comments

Hye hye ♥
Hobi terbaru aku sekarang ni ialah aku suka buat research tentang apa-apa je yang aku musykil atau yang aku lalui.Semalam aku buat research pasal muzium coklat selepas diperli oleh Mimie yang mengatakan hahaha takde apa-apalah.Dan tiba-tiba nak research pasal muntah berdarah -.- Dalam pada men'scrolling' pak cik Google,aku jumpa sesuatu yang sangat menarik!sakit itu penghapus dosa?Akibat tertarik dengan satu rangkap ayat di blog ini , aku mula sedar yang sakit tu sebenarnya bukanlah sengsara semata-mata.Aku nak share kat sini,menurut tuan blog,sumbernya ialah dari Ustaz Don Daniyal.

Apabila seorang hamba jatuh sakit,Allah SWT akan mengutuskan empat orang malaikat :

  • Malaikat pertama akan mengambil selera makannya.
  • Malaikat kedua akan mengambil rezekinya.
  • Malaikat ketiga akan mengambil kecantikannya. < pucat >
  • Malaikat keempat akan mengambil DOSANYA.

 Dan apabila hambaNya  pulih, Allah SWT akan menyuruh Malaikat pertama memberi semula selera makannya,Malaikat kedua memberi semula rezekinya,Malaikat ketiga memberi semula kecantikannya,dan malaikat keempat?Allah SWT tidak meminta Malaikat keempat memberi semula dosa-dosa hambaNya yang telah diambil ketika sakit.
Ya Allah,seriously macam sedih sangat baca semua tu.Haha tahu jiwang : D
Well,sekarang aku dah sedarlah tak baik mengeluh ketika sakit.Ho ho ho aku selalu mengeluh kalau sakit.So mulai sekarang aku akan cuba elakkan untuk mengeluh ketika sakit.
Okay bye! Assalamualaikum ♥

Blogger Tashyra Sha said...

nice info :) thank you.

 
Blogger Aku Penghibur said...

sakit itu memang penghapus dosa :) dapat sikit kurangkan dosa yang tak tahu berapa bnyknye nie :( ... semoga ada hikmah atas semua nie

 
Blogger Musyirah :) said...

terima kasih atas info tersebut :)

 
Blogger Noor said...

nice entri..tak sangka ada hikmah disebaliknya.

 
Blogger MisEyz BLurz said...

Tkasih dgn info nie..tak sangka pulak sakit penghapus dosa..Allah swt memang Maha Mengasihani makhluk-Nya...Allahuakbar!

 
Blogger adibahfaizah said...

Memang sakit tu salh satu penghapus dosa. Sebab , bila sakitlah baru kita sibuk nak berdoa mintak prtolongan dkt Allah . Bila senang, sihat, kita lupa dia. Peringatan bersama :)

 

Post a Comment