Salah Faham Tentang Aurat.
Written by : hamizashuhada on Monday, 4 February 2013 | 00:35 | 4 comments
Hye hye ♥
Pakai tudung tu ikhlas ke , sebab ikut fesyen je ?
Alhamdulillah,sekarang ni kebanyakan perempuan khususnya remaja dah pun mula bertudung.Tapi persoalannya ialah , pakai tudung sebab memang nak tutup aurat,ataupun sebab ikut perkembangan fesyen.Almaklumlah sekarang kan macam-macam fesyen tudung ada.
Tak salah kalau nak berfesyen.Tapi awak kena fikir masak-masak sebelum ambil keputusan untuk pakai tudung.Like seriously hal tudung ni hal yang tersangat-sangat penting.Awak kena bersedia fizikal dan mental untuk pakai tudung.Yes,pakai tudung nampak macam senang.Apa da hal kan?Tapi tulah yang salahnya sekarang.
Okay,niat awak dah betul.Pakai tudung sebab nak tutup aurat.Let me tell you this :

  • Pakai baju lengan pendek + tudung = ERROR
  • Pakai seluar singkat-singkat / BANJIR + tudung = ERROR
  • Pakai tudung tak tutup dada = ERROR
  • Pakai tudung jarang = ERROR
Aku pun sekarang dalam dilema.Dulu benda macam ni aku macam tak ambil kisah sangat.Tapi lama-lama aku sedar.Kalau dah pakai tudung tak bermakna aku dah completely tutup aurat.Lagi-lagi sekarang ni banyak sangat keluar shawl,pashmina ngan tudung bawal pattern baru.Memang lah rambang mata nak beli kan.
Tapi slacknya disitu ialah ada sesetengah selendang ni kainnya jarang.I mean boleh nampak bayang-bayang anak tudung ngan leher kita.Sedangkan tujuan kita pakai tudung ialah untuk menutup bahagian rambut/kepala.Kalau pakai selendang jarang samalah macam tak pakai tudung.
Lagi satu,style tudung sekarang ni pun macam-macam.Kalau nak list kan memang lenguh jari menaip.Boleh je nak try semua fesyen tu cuma kalau boleh labuhkanlah sikit sampai bahagian dada.

Mana lagi bahagian aurat ?
Mengikut apa yang aku tahu,bahagian tubuh wanita yang bukan aurat ialah tapak tangan dan muka.Tapi bila aku buat research sikit ,katanya mengikut mazhab Hanafi,telapak kaki tidak termasuk dalam senarai aurat wanita.
Perempuan kan kalau jalan-jalan mana suka pakai kasut yang tutup semua macam kasut sekolah tu kan.Aku pun tak suka sebenarnya sebab tak selesa.So aku selalu pakai flat shoes yang tutup kat bahagian depan tu.Then bila baca balik articles tu mula rasa tak sedap hati.Kaki itu aurat?
Bila aku re-read articles tu buat kali yang ketiga,aku mula rasa confuse.Semua perkataan pun dah bercampur aduk jadi pointnya aku kena rest sekejap kemudian sambung baca balik hahar.
Then aku baca blog ini , best dia punya penerangan.So,konklusinya penulis blog ni pakai stokin bila pergi tempat yang bercampur lelaki dan perempuan macam taman tema air dan sebagainya.Ada juga penulis menyelitkan kisah seorang wanita ketika menunaikan haji yang merungut tentang pemakaian stokin dan akhirnya dia ditimpa bala.Astaghfirullahalazim.
Aku rasa aku berhenti sampai sini dulu kot.Insya'Allah ada masa aku update lagi.
Aku pun masih mencuba untuk jaga aurat aku.Doakan aku eh? :)
                                                         
Blogger Ahmad Zarif said...

aminn.. perubahan yang positif. hehe

 
Blogger Warna Warni Kehidupan said...

betul tu.. ramai yang macam sekadar melepas batuk ditangga.. sama2 la kita saling mengingatkan..

 
Blogger nabila said...

nabila pun dalam proses nak jaga aurat nabila. Sama-sama kita berubah ya. ;)

 
Blogger aisyah fashadeland said...

nice entry friend :)
salam . hai blogger cute . saya follow sambil singgah blog awak . follow me back?

 

Post a Comment