Debaran Saat Menunggu Result SPM.
Written by : hamizashuhada on Thursday, 21 March 2013 | 02:27 | 0 comments

Assalamualaikum and hye ♥
Pagi tadi,aku bangun tepat 6.30 dan bersiap apa yang patut untuk bergerak ke sekolah.Sampai sahaja,aku tengok dewan dah tersusun rapi,bersedia menunggu kehadiran pelajar-pelajar lepasan SPM 2012 untuk mengambil keputusan mereka.Tanpa disengajakan,bulu roma aku tegak sendiri apabila melihat timbunan kertas diatas meja sedangkan aku tahu tak mungkin cikgu akan membiarkan sahaja slip keputusan diatas meja tanpa dikawal ketat oleh FBI.Okay,aku tahu tak lawak.
Aku tunggu dan tersu menunggu dalam debar.Fatana pun asyik tanya aku "amija,dah pukul berapa?".Ya,kami memang nervous yang teramat sangat menunggu keluarnya keputusan SPM itu.9.30.10.00.Pelajar mula membanjiri sekolah kami.Masing-masing bergaya dengan pakaian grand masing-masing.Ada yang pakai skinny jeans,baju nampak pusat dan sebagainya.Tapi aku?Cuma baju kurung sahaja.Buat apa nak beria-ia kan?
10.30 a.m
Cikgu memanggil semua pelajar masuk ke dewan.Kebetulan,loceng berbunyi menandakan tibanya waktu rehat untuk pelajar tingkatan 4 dan 5.Pelajar tingkatan 4 dan 5 berpusu-pusu turun,tapi bukan ke kantin.Mereka menuju kearah dewan.Dan buat pertama kalinya dalam tempoh tiga bulan ini,kantin agak lengang dan tak perlu berebut kerusi nak makan.Alhamdulillah.Semua pun excited pasal result SPM.
Walaupun dalam debar,sempat juga aku melantak sebungkus nasi lemak dengan jus oren untuk alas perut.Lol,boleh panggil alas perut ke bila dah makan nasi lemak?Whatever.Sesudah makan,aku naik ke kelas dan tak sabar menunggu untuk balik ke rumah.Nak tanya mama any news pasal pak cu dan mak long.Dorang kan ambik SPM tahun lepas.
Konklusinya disini,aku hanyalah menumpang gemuruh pak cu dengan mak long aku je.Aku baru je dapat nombor angka giliran minggu lepas,so how come aku tetiba dapat result lak hari ni.Amazingly,mak long aku dapat A+ for her account.Wow.I wonder macam mana dia study.Tapi mungkin nasib dia tak sebaik masa PMR dulu,dia cuma dapat 5A.But to me,it is more than enough.Congrats Mak Long :D Dan pak cu?Aku tak tahu result dia berapa.Wallahualam.
Tahun depan giliran aku pula ambil result SPM.Macam mana lah agaknya reaksi aku masa tu.Mama dah cakap awal-awal dia nak ikut masa aku pergi ambil result.Ya ALLAH,bila mama dah cakap macam tu,aku rasa aku kena berusaha lagi keras sebab aku tak tergamak nak bagi mama tengok result tak seberapa aku.Wish me luck for SPM 2013.
Till then,assalamualaikum.

p/s:Ya ALLAH,permudahkanlah urusanku tentang apa saja yang berkaitan dengan SPM.Sesungguhnya aku tidak mahu melihat wajah kecewa mama dan papa lagi setelah aku hanya mendapat 3A [ UPSR ] dan [ 2A ] PMR.Ameen.

Post a Comment