Bila Seharusnya.
Written by : hamizashuhada on Monday, 15 April 2013 | 02:47 | 0 comments

       
Assalamualaikum and hye ♥

Pertama sekali entry kali ni tergolong dalam label luahan perasaan eh.So,sesiapa yang tak nak baca tak apalah.Hikhok.
Ehem.
Aku tak pernah lupa semua yang pernah terjadi antara kau dan aku.Walaupun benda tu semua dah tiga tahun berlalu,tapi aku tak pernah lupa semuanya.Bagi aku apa yang pernah kita lewati bersama,walaupun bukan secara peribadinya berdua,tetap akan aku anggap sebagai kenangan terindah hidup aku.Aku tak boleh lupa pandangan kau yang menusuk terus ke jantung aku.Err okay terlebih jiwang.Maaf.
Tapi sayang setiap kali aku berada dekat kau,mesti kau sudah berpunya.Dan aku pun teruskan hidup dalam senyuman walaupun setiap kali aku nampak kau dengan perempuan tu hati aku bagai dicucuk-cucuk dengan belati tajam.Tapi aku tahan.Aku tahan sebab aku tahu perempuan tu lagi berhak untuk kau.Dia girlfriend kau.Pilihan kau.Orang yang kau sayang.Sedangkan aku bukan siapa-siapa.Aku tahu tu.
Sampailah peristiwa tu berlaku.Peristiwa yang memang susah aku nak lupa.Tragedi jumaat.Semua benda yang berlaku hari tu macam..entahlah.Aku tak tahu macam mana nak describe.Semuanya berlalu terlalu pantas.
Sekian lama aku berharap aku dapat jumpa kau balik.Akhirnya,aku dapat jumpa kau.Allah SWT makbulkan doa aku.Tunaikan hajat aku.Tapi mungkin hari itu aku tersilap perhitungan.Aku ingat dia sorang-sorang je.Punyalah aku happy nampak dia secara dekat.Sebab aku pernah cakap, "kalau aku nampak dia dari jauh pun cukuplah.".Ternyata Allah berikan lebih dari yang aku minta.Allah pertemukan aku dengan dia dalam keadaan yang sangat dekat,sehinggakan aku terkaku dan tak boleh nak bernafas.Okay tipu je.
Aku berharap dapat berjumpa dia.Dan aku telah pun berjumpa dia.Tapi senyuman yang baru nak menguntum kat bibir aku mati bila nampak perempuan tu pun ada sekali.Aku tak boleh tahan perasaan aku.Aku rasa nak nangis.Aku rasa jantung aku macam berhenti berfungsi.Aku terus ajak Fatana masuk sekolah.Dan aku nampak dia pun dah balik dan tinggalkan perempuan tu kat bus stop.
Kat dalam sekolah,aku menangis.Aku tak tahu kenapa aku patut menangis sedangkan aku sedar dia bukan milik aku pun.Sebanyak mana aku menangis untuk dia,dia takkan tahu aku suka dia.Sebanyak mana aku menangis untuk dia,dia takkan tinggalkan perempuan tu untuk aku.
Aku sedih sangat.Hari tu aku rasa harapan aku dah punah dan hancur berkecai.Kalau dicantumkan semula hati aku tak mungkin sama dengan sebelum ini.Lukanya mungkin hilang tapi parutnya akan kekal jua kat hati aku ni.Aku tak berharap untuk jumpa dia dalam keadaan macam tu.Tapi mungkin Allah nak tunjuk kat aku yang sememangnya dia bukan untuk aku.Aku kena redha dia dengan perempuan tu.Asalkan dia bahagia mungkin tu dah cukup untuk aku.Aku percaya pada perancangan Allah.Mungkin Allah nak temukan aku dengan lelaki yang lebih baik daripada dia.
Aku cuba lupakan dia dengan ingatkan balik kepada  satu.Mungkin benda tu boleh kurangkan fokus aku pada tragedi jumaat.Tapi tetap tak boleh pudarkan ingatan aku tentang peristiwa itu.
Kepada perempuan yang bertuah memiliki  dia : jauh didalam lubuk hati aku tetap berharap kalau kau yang terbaik untuk dia,maka janganlah  kau sakitkan hati dia.Aku harap kau tahu menghargai boyfriend yang dah terima kau sebab disebalik semua tu,ada orang lain yang sukakan dia.Dah lama.Aku suka dia terlebih dahulu sebelum kau kenal dia.Aku harap kau jaga dia baik-baik sebab aku sayangkan dia.Aku sayangkan dia sepenuh hati aku.
Sekian.Assalamualaikum.

Post a Comment