Cerpen : Dia Pilih Aku!!
Written by : hamizashuhada on Friday, 14 June 2013 | 02:47 | 5 comments


Pagi itu sepi.Tidak seperti selalunya.Pagi itu aneh sekali.Juga tidak seperti biasa.Entah kemana menghilangnya kebiasaan yang selalu aku rasakan.Seolah-olah aku berada di dalam suatu fasa kehidupan yang lain.Aku seolah-olah bersendirian tanpa ditemani manusia lain.
Peristiwa yang terjadi semalam kembali bermain difikiranku.
Aku.Kau.Dan dia.
Hampir aku ketawa sendiri.Tidak sepatutnya aku terlalu berharap pada dia.Padahal aku seudah sedia maklum bahawa dia sudah ada Shakirah.Aku menggaru kepala sendiri.Kemana perginya kewarasan akal aku semalam?Tengok,inilah padahnya bila bercakap tanpa memandang kiri kanan.Kini dia mula menjauhkan diri dariku.Aku ke yang bersalah?
Aku menghela nafas perlahan-lahan.Cuba membuang apa sahaja data tentang semalam dari fikiran.Buat apa aku fikirkan orang yang langsung tak peduli tentang aku?
"Weena."
Aku menoleh ke belakang.Oh,Fatana.Aku tersenyum sedikit memandangnya.
"Kau okey?"Soalnya.
Aku mengangkat ibu jari tangan kananku.Bersama seulas senyuman.Bukti bahawa aku baik-baik saja.Fatana mengangkat keningnya ala-ala Ziana Zain.
"Yalah tu."Katanya sepatah.
"Betullah."Jawabku bersungguh-sungguh.Tapi aku tahu,kalau dengan Fatana aku tidak akan dapat menyembunyikan perasaanku kerana dia seolah-olah mempunyai tarikan graviti dan kuasa telepati yang berhubung denganku.Apa yang aku rasa,senang saja berada dalam pengetahuannya.
"Aku malulah pasal semalam."Akhirnya aku berlaku jujur.Tiada gunanya aku menyembunyikan semuanya dari Fatana.
"Tak ada apa yang kau nak malu.Itu kan perasaan kau.Bukan perasaan dia.Dia tak ada hak nak halang kau suka dia.Dia bukan tahu apa yang kau rasa."Jawab Fatana.Aku menghela nafas panjang.
"Memanglah.Tapi aku tak sepatutnya suka boyfriend orang."
"Baru boyfriend,bukannya SUAMI orang."Fatana seakan-akan menekan perkataan suami itu.
"Tapi mesti girlfriend dia sakit hati kalau tahu ada orang minat boyfriend dia."
"Ni lah masalah kau.Kau asyik fikirkan perasaan orang.Perasaan kau sendiri tak terjaga.Kan kau dah suka Ashfaq tu dari from two.Tiba-tiba minah tu datang sambar Ashfaq."
Aku tersenyum pahit.Biarlah,kalau dah jodoh mereka apa yang aku boleh buat?

                                                 
                                                                              
ALAMAK!!Aku cuba mengelak dari bertembung dengan Shakirah,teman wanita Ashfaq merangkap maduku.Ops silap,bukan madu tapi periaku.Bukan main lagi melepak dikelilingi lelaki.Mentang-mentanglah si Ashfaq tak datang hari ni.Sesedap rasa secukup garam saja dia melepak dengan lelaki lain.Fatana berlari-lari anak ke arahku sambil tangannya menjinjit plastik biskut yang dibeli di koperasi. 
"Eh,tu awek si Ashfaq kan?"Panjang munjungnya menunjuk kearah meja batu di hadapan dewan utama.Aku mengangguk.                                                                                                                                                         "Yup."Balasku.Memang benar itu budak perempuan  yang sangat disanjungi dan dibangga oleh Ashfaq.Harap muka je cantik tapi perangai nauzubillah.Eh,sekejap.Cantik ke dia?Aku menghitung sendiri.
"Jom tangkap gambar dia nak.Pastu tunjuk kat Ashfaq.Biar dia tahu perangai sebenar awek dia tu."Fatana mula melontarkan idea gilanya itu.
Aku menggeleng-geleng.Tegak jari telunjukku digoyang-goyang.Tak mungkin.Walaupun aku suka Ashfaq,aku tak nak dia putus dengan Shakirah sebab aku tahu bahagia dia ada pada Shakirah.
"Suka hati kau lah.Aku bagi cadangan tak nak dengar."Kata Fatana dan terus berlalu ke kelas.Terpinga-pinga aku ditinggalkan tiba-tiba.Minah ni kenapa?



TIGA TAHUN BERLALU.
Aku menyembur sedikit wangian jenama Silky Girl sebelum melangkah keluar dari bilik.Hari ini merupakan hari yang sangat istimewa buatku.Hari ini aku akan keluar bersama Fatana dan Mimie setelah hampir sekian lama tidak melepak dan menggila bersama sahabat terencat akalku ini.
Aku meletak kereta betul-betul berhadapan dengan kerusi yang diduduki mereka.Tasik Shah Alam menjadi tempat pertemuan kami.Semasa turun sempat aku ambil plastik McDonald yang sempat aku beli tadi.Biasalah,kalau dah nama aku Darweeena,memang makanan harus selalu berada diahadapanku.Mujurlah badanku bukan jenis cepat 'naik'.Kalau tidak..
"Assalamualaikum."Aku menyapa mereka.
Dalam kegembiraan itu kami saling berpelukan.Selepas bertanya khabar kami mula bergosip sambil menyuap makanan ke mulut sendiri.
Tiba-tiba,Mimie bertanyakan soalan yang langsung aku tidak pernah jangka.
"Kau masih berharap pada Ashfaq?"
Tertelan kentang aku dibuatnya.Aku mengambil sedikit masa sebelum menjawab.Cuba mencari satu jawapan relevan yang boleh memuaskan hati semua pihak.
"Entah."
Entah.Sebuah jawapan diantara persimpangan ya dan tidak.
"Dia dah nak bertunang."Beritahu Mimie tanpa disoal.
"Oh,ya?Dengan Shakirah ke?"Soalku cuba menahan sebak.Nampaknya sia-sialah aku tunggu dia selama ni.Saat itu terasa seolah-olah seluruh dunia sedang mentertawakan aku.
Anggukan serentak Mimie dan Fatana menjawab soalanku.Tahan.Tahan.Sabarlah hati.
Aku cuba menahan air mata daripada menitis tetapi apakan daya..Aku terlalu suka dan meletakkan seluruh harapan kepadanya.
"Wei....sabarlah."Pujuk mereka berdua.Aku mengusap air mata yang mula menitis dan mengalir di pipi.Serentak itu aku bangun mencapai beg diatas meja dan berdiri.
"Korang,maaflah.Tapi aku rasa aku kena balik dulu lah."Aku meminta diri.
Fatana dan Mimie kelihatan terkejut mendengar kata-kataku.
"Kau okay tak?Boleh drive?"Tanya Fatana prihatin.
"Aku okay."Jawabku tersenyum hambar.


"Assalamualaikum."Sapa pemilik suara yang sangat aku puja dalam diam.Macam mana dia boleh ada kat sini?Aku melirik kearah kedua-dua sahabatku.Mereka tersengih mengalahkan kerang busuk.Sah!Pasti ini merupakan rancangan mereka mengenakanku.
"Waalaikumusalam."Aku menunduk memandang kasut sendiri,Tak nak dia nampak mata aku berwarna merah.
"Nak balik dah?"Soalnya lagi.Buat apa nak tahu?Ingin sahaja aku bertanya begitu.Tapi aku cuma mengangguk menjawab soalannya.
"Aku ada sesuatu nak bagitahu kat kau."
"Lain kali jelah.Aku ada hal,nak cepat."Jawabku.Tidak betah lagi berlama-lama dihadapannya dalam keadaan mataku masih merah.
"Tapi hal ni penting sangat."
"Yalah,yalah.Apa dia?"Aku cuba bersuara kasar dengannya,Tak ada gunanya berlembut dengan boyfriend orang a.k.a bakal tunangan orang.
"Aku dah nak bertunang."
Bengong punya jantan!Itu bukan benda yang penting.Langsung tak ada kena mengena dengan aku.Sakit pula hati aku dengan lelaki bernama Ashfaq ini.
"Kau tak nak tahu siapa tunang aku?"Soalnya lagi.Aku mengeluh perlahan.Malas betul aku nak layan mamat ni.Dahlah aku suka dia,boleh lagi dengan bangganya dia announce kat aku yang dia dah nak bertunang.Layankan sajalah.
"Siapa?"Aku berpura-pura tidak tahu.
"Kau."Balasnya ringkas.Aku terkedu.
"Siapa?Aku tak berapa dengar."Soalku sekali lagi meminta kepastian.
"Kaulah,Weena."
Ini semua poyo.Ini semua poyo.Tak mungkin!!
                                                                                                                 
 "Kau jangan nak bergurau lah wei.Tak lawak langsung.Punchline tak sampai."Bentakku.Apa ni?Seronok jadi player?Mempermainkan hati seorang gadis suci sepertiku?Cewah.Geli pula aku dengan ayat sendiri.Tanpa mempedulikan dia,aku terus masuk kedalam kereta.Entah macam mana,dia pun boleh naik sekali di bahagian    penumpang.
"Eiiiii,kau nak apa ni?"Tiba-tiba aku rasa menyampah pula dengan mamat seekor ni.
Dia mengeluarkan sesuatu dari poket seluar jeans nya.Kotak cincin!Mamat ni biar betul!
"Semalam aku pergi rumah kau.Mama dengan papa kau cakap keputusan terletak ditangan kau.Diorang restu je.Jadi,kau sudi tak jadi isteri aku yang sah?"
Aku ternganga sekejap.Ni,dia tengah melamar aku ke?
"TERIMA,TERIMA."Entah bila masa pula si Fatan dengan Mimie menyelit sekali di tempat duduk bahagian belakang.Ashfaq memandangku sambil menghulurkan kotak cincin.
"Wei,slowlah kau ni.Ashfaq,biar aku jelah jawab bagi pihak dia.YES SHE DO." Sampuk Fatana.Dia ni memang tau,suka sibuk.Tapi tak apa,lagi pun aku malu nak jawab sendiri.

Aku dan Ashfaq bersalaman dengan semua tetamu yang hadir.Syukurlah,akhirnya Ashfaq selamat menjadi suamiku yang sah.Harapnya dia mampu menjadi suami yang baik dan mampu membimbingku kejalan yang benar.Moga lamaran kejutan ini akan dipenuhi dengan keceriaan dan kebahagiaan.Amin.
Aku memandang Mimie dan Fatana yang sedang melantak ayam golek di meja VVIP.Aku melemparkan senyuman penuh kegembiraan kepada mereka.Kalau mereka tidak menjalankan rancangan gila itu,pasti aku tidak akan tahu perasaan sebenar Ashfaq terhadapku.Mererka membalas senyumanku dan nampaknya,Fatana menemui cinta barunya di majlis perkahwinan aku dan Ashfaq.Siapa lagi kalau bukan Kimi,kawan baik Ashfaq.Alhamdulillah.Harapanku agar aku,Fatana dan Mimie beroleh kebahagiaan di dunia dan akhirat.

The End :)

COPYRIGHT.PENCURI IDEA MERUPAKAN ORANG YANG TAK ADA KREATIVITI UNTUK MEREKA SENDIRI KARYA MEREKA.SEKIAN TERIMA KASIH-MIEZZASHUHADA
Blogger Wana Seoby said...

kenapa mesti weena ;p HAHA dah tersedak sikit dahhh . Best (Y) tulislah lagi aku nak baca T^T

 
Blogger ilya ireza said...

wohoo awesome . menarik dapat baca cerpen pepagi . btw , acano nak tempah header ehh ? hehe .

 
Blogger nurhamiza shuhada said...

@Wana Seoby Heheh . Tak perasan Weena tu dekat ngan Wana ._. hehe btw thankks.Nanti ada idea aku tulis lagi.
@ilya irezaThanks awak :) Nak tempah ke?Awak bagitahu je nak header macam mana,design boleh tengok macam kat freebies saya.

 
Blogger ilya ireza said...

hehe okay . nak design yang macam ni http://i1358.photobucket.com/albums/q778/miezzashuhada/headertiga_zps2aba74af.png . tulisan Crush tu nak tukar pada Faii∞ . yang tulisan kat bunga lak nak tulis you've to fight for your own love . warna sama macam yang asal jugak :) terima kasih ye .

 
Anonymous alya said...

wow! minat sangat baca short stories akak. Keep it up! Saya sentiasa jadi pembaca setia akak

 

Post a Comment