That Annoying Things People Always Do ._.
Written by : hamizashuhada on Monday, 3 June 2013 | 00:39 | 2 comments

Assalamualaikum and hai ._.
Apa khabar semua?Selamat kembali ke blog saya bagi yang dah lama tak menjengah.Ececeh.Intro macam nak bagi speech panjang lebar pula.Maafkan saya.Oh by the way sekarang saya guna blogskin dari wana sebab secara tak sengaja saya telah merosakkan template skin saya yang dulu tu.Urgh sad life *sigh* So as you can see blogskin ni memang sangat sensitif dan kalau tersilap usik code memang habis seluruh skin korang.Macam saya.So,jadikanlah kes saya ini sebagai satu pengajaran ye kawan-kawan ._.
Kembali kepada topik.Perkara-perkara menjengkelkan yang orang selalu buat.Sebenarnya banyak.Dalam tak sedar sebenarnya saya pun pernah buat juga kehkeh,Tapi baru sekarang kesedaran tu datang < kononnya >.

  • Masa makan ramai-ramai,ada yang pegang sudu untuk cedok lauk menggunakan tangan yang sama dengan yang dia gunakan untuk suap makanan ke mulut.ohemgi.Ini sangat annoying okay.Bila awak dah buat macam tu for sure lah orang lain terpaksa pegang sudu yang dah kotor tu kan.Saya selalu kena macam ni ._. To be honest saya ni sangat penggeli orangnya.Ya,serius.Jadi bila dah dalam keadaan macam ni saya jadi serba salah nak ambil makanan.Erk.
  • Awak minta seseorang tolong awak carikan barang yang hilang,then orang tu tanya : "kau letak kat mana?" Eh,hello.Kalau saya tahu saya letak kat mana tak payah lah saya tanya awak cik akak / cik abang oi.Saya boleh cari sendiri.Apa pun tak boleh.
  • Awak bercakap dengan seseorang tentang perkara yang sama lebih dari tiga kali tetapi dia masih lagi minta awak ulang balik.Gosh berapa tahun tak korek telinga bro?Hahaha. 
  • Awak belum lagi suap makanan ke mulut then seseorang datang dan cakap " Eh,sedapnya.Nak sikit."Dan terus ambil makanan tu sedangkan awak belum cakap lagi boleh ke tidak.Memang menyampah tiap kali kena macam ni T.T
  • Awak cuba jawab sendiri setiap kali periksa,walaupun awak tak tahu awak tetap cuba tanpa tanya orang lain.Tapi tiba-tiba ada orang minta jawapan dari awak.Memang sakit hati.Second situation : Awak jawab paper pada waktu pagi sebab takde exam untuk paper lain pagi tu.Then budak kelas lain yang kena jawab paper yang sama pada waktu petang sesedap rasa tanya soalan mana yang keluar untuk exam.Erk.Boleh ke macam tu?
  • Bila awak nak bayar something kat kaunter then casher tu tunjuk muka masam macam asam jawa diperam dengan cuka.Apa salahnya senyum sikit?Senyum tu kan sedekah.
  • Menggunakan ayat 'till jannah' untuk hubungan yang belum dimeterai dengan ikatan perkahwinan.
  • Pakai legging dengan tudung.Siapa ajar bergaya macam ni? Kalau aku pakai macam tu gerenti panjang ceramah papa u.u
  • Bila seorang perempuan bertudung meliuk lentuk dan mengada-ngada dihadapan seorang atau lebih lelaki.Ya Allah.Yang ni betul-betul annoying dan memalukan.
  • Cakap kat kawan yang awak dah gemuk padahal berat badan awak tak lebih 40 kg pun.Haha aku lah ni ._.
  • Lastly bila ada orang menggedik dengan crush awak.Masa tu awak rasa macam nak ambil machine gun dan tembak je orang tu kan?Tahu,HAHA.
Okay bai :3 Assalamualaikum

Blogger FairuzAqilah said...

haha... :D
macam-macam!

 
Blogger ♥ Lia Abdillah ♥ said...

Paling setuju yang first ngan last tu! Hahaa, rse mcm nak tembok je duk menggatal ngan crush orang. erk? haha

 

Post a Comment