Interpretasi Jiwa.
Written by : hamizashuhada on Saturday, 28 September 2013 | 21:41 | 0 comments
Assalamualaikum dunia.

Pernah tak kau rasa hilang?
Rasa kau tenggelam dalam lautan yang kau tak pasti dimana.
Kau cuba.
Kau cuba capai tangan mereka.
Kau cuba menjerit tapi mereka pekakkan telinga.
Aku pernah.

Pernah tak kau rasa jatuh?
Rasa kau jatuh dalam gaung dalam tidak bertepi.
Kau cuba.
Kau cuba sekali lagi.
Cuba gapai tangan mereka.
Kau cuba sekali lagi.
Cuba menjerit.Tapi mereka pekakkan telinga.
Aku pernah.

Pernah tak kau rasa sakit?
Rasa kau terluka tapi kau tak tahu puncanya.
Kau cuba.
Kau cuba capai tangan mereka.
Kau cuba buat mereka rasa apa yang kau rasa.
Tapi mereka butakan rasa.
Aku pernah.

Pernah tak kau rasa keliru?
Rasa kau berada dalam satu ruang yang asing.
Kau cuba.
Kau cuba capai tangan mereka.
Kau cuba buat mereka sedar,kau ada disitu.
Tapi mereka butakan mata.
Aku pernah.

Aku pernah rasa semua itu.
Dan mungkin aku masih lagi merasakannya.
Rasa kosong dalam hati.
Semua yang berada disekeliling seolah berubah.
Cuba untuk ubah semua agar kembali ke keadaan asal.
Tapi masalah tak habis habis menimpa.
Keluarga,kawan,bahkan manusia yang kau tak pernah kenal.
Semua buat kau rasa.
Terbuang.

Itulah aku.

Dan ini sekadar satu interpretasi jiwa aku.

Tapi kalau kau rasa sesuatu.

Sedarlah.

Interpretasi kau dan aku adalah sama.
                                                                                                       Nurhamiza Shuhada , 12 : 43 PM
                                                                                                                September 29 , 2013


COPYRIGHT RESERVED.

Post a Comment