10 Ways to live happily.
Written by : hamizashuhada on Thursday, 3 October 2013 | 02:23 | 0 comments
Assalamualaikum and hi stalkers.

Dah baca entry pasrah saya ? Hahaha. Kalau belum silalah baca ya.Jangan sampai meleleh hingus kuning bila baca dah lah.Tisu kat rumah saya dah habis nak tolong lapkan.Eh,wait.Kenapa tiba-tiba saya guna kata ganti diri 'saya'?Sebab..Saya rasa 'saya' lebih sopan berbanding 'aku' memandangkan bila diamati viewers blog saya ni kebanyakannya lebih matang [ perkataan sopan bagi tua ] daripada saya.Hekhek.

Jadi.
Yeah! Apa dia sepuluh cara untuk hidup dengan lebih gembira tu,Cik Hamiza ?
Biar saya jelaskan disini.
Kegembiraan hidup tidak sama bagi semua orang.Hal ini adalah kerana,tahap kegembiraan yang kita masing-masing rasakan adalah berbeza mengikut hati masing-masing.Ada orang yang boleh rasa gembira atas benda-benda kecil,tapi ada orang yang perlukan perkara besar terjadi untuk merasakan kebahagiaan.

Bagi saya,kebahagiaan itu senang.Mudah dan sederhana.


  • Ingat,Tuhan itu ada untuk kita.
Setiap kali kita ada masalah,kekeliruan,kegembiraan,kesakitan dan segala-galanya,luahkan pada Allah SWT.Kembali padaNya.Dia pasti akan selalu ada untuk hambaNya yang percaya dan berharap padaNya.



  • Belajar bersyukur atas apa jua yang kita miliki.

Ingat,tak semua orang ada apa yang kita punya.Mungkin bagi kita apa yang kita miliki itu biasa saja,tapi bagi orang yang tak memilikinya,ianya adalah satu anugerah.Ambillah keluarga sebagai contoh.Individu yang punya keluarga lengkap dan bahagia merasakan keluarga adalah biasa sedangkan bagi individu yang lahir tanpa keluarga sempurna,ianya satu anugerah.Selalunya,orang akan mula menghargai bila sesuatu itu sudah pun tiada.Jadi apa kata kita semua belajar menghargai apa saja yang kita miliki.Mudah kan?


  • Hargai orang yang anda sayang,tapi anda perlu lebih menghargai orang yang menyayangi anda.
Biasa dalam hidup ini,mereka datang dan pergi.Ada yang singgah sebentar tapi bawa kegembiraan yang berpanjangan.Ada yang kekal dalam hidup kita tapi sering membawa kedukaan.Ada yang kita sayang tapi mereka tidak menghargai kita.Ada yang kita sayang dan mereka menyayangi kita.Kita perlu sedar,siapa yang patut diberi lebih penghargaan. - mereka yang kita sayang atau mereka yang menyayangi kita?

  • Abaikan cakap-cakap kosong manusia.
Kenapa kita nak kena peduli cakap orang?Lagi lagi orang yang tak pernah kenal kita.Tak pernah berada dalam situasi kita.Tak pernah menjalani kehidupan kita.Kenapa kita nak kena tunduk pada mereka.Mustahil untuk puaskan hati semua orang kat muka bumi ni.Kita cantik pun orang benci.Kita tak cantik pun orang benci.Orang akan benci kita untuk apa yang kita ada dan apa yang kita tiada.Satu hipotesis yang jelas,orang akan benci kita atas segala sebab.Terpulang kepada kita,macam mana nak berhadapan dengan kebencian itu.

  • Buat yang terbaik untuk segala yang korang minat.
Apa minat korang?Menjahit?Melukis?Menulis?Menyanyi?Just do it.Beri yang terbaik setiap kali korang melakukan benda yang korang suka.Dari situ,korang akan perasan.Korang peroleh kebahagiaan yang sederhana setiap kali korang buat benda yang korang suka.Simple but this is a very nice way to live happily :)

  • Jangan pernah menunggu waktu yang tepat.
Jangan pernah tunggu waktu yang tepat untuk korang buat sesuatu.Waktu tak akan selamanya menunggu kita.Bahkan,waktu tak pernah sekalipun menunggu tetapi waktu mengejar.Jadi,lakukan apa saja yang korang rasa perlu,tanpa menunggu waktu yang tepat itu datang.Manalah tahu,kalau itu waktu terakhir kita.Menyesal dan menangis air mata darah sekalipun dah tak berguna.

  • Lupakan semalam.
Kalau kita terus hidup dalam bayang-bayang masa silam,bila masanya kita nak maju ke hadapan?Betul tak?Lupakan semalam yang kelam dan jadikan pengajaran untuk masa depan yang lebih gemilang.Ceh.Ayat tak boleh blah.Hahaha. - Today only come once in a lifetime.Make the most of it , unknown.

  • Berhenti berangan jika tak berusaha.
Angan-angan takkan terwujud tanpa usaha.You get what you deserve.Kalau korang dah tahu target korang,work for it.Kejayaan takkan datang bergolek.Benda ni simple.Contoh,kau nak straight A's,kalau macam tu kau kena study macam orang yang nak dapat straight A's.Bukannya tercongok depan laptop je. *ingatan untuk diri sendiri juga* hekhek.

  • Jangan menyesal.
Let bygone be bygone.Apa juga kesilapan yang kita buat di masa lalu,jelas-jelas ia sudah berlaku.Dan jelas juga masa tak boleh diundur kembali.Jadi jangan pernah menyesal atas apa pun kesalahan yang kita buat tapi ambil ia sebagai pengajaran :) okay?

  • Senyum.
Hidup lebih indah jika awak senyum,saya senyum,mereka senyum.Semua orang senyum.Cuba praktikkan dalam kehidupan.Senyum masa makan.Senyum masa mandi.Senyum masa tidur.Dan senyum masa kena buang kerja.Senyum : D

Akhir kalam,setiap detik yang berlalu adalah sebuah kesempatan untuk kita menjadikan kehidupan ini lebih sempurna.Jadi,jangan pernah membazirkan kehidupan awak,awak dan awak.

By the way.

Hidup saya pun tak lah sesempurna mana.Tapi saya cuba untuk jalani kehidupan ni dengan penuh rasa gembira sebab tak selamanya kita akan berada di dunia ini.Dan tak semua janin yang pernah ada dalam perut ibu mengandung tu terpilih untuk merasa hidup di dunia yang fana ni.Wallahualam.

Sekian,assalamualaikum.

Post a Comment