Berangan Nak Jadi Novelis
Written by : hamizashuhada on Wednesday, 8 January 2014 | 22:49 | 1 comments
Assalamualaikum and hi earthlings.

Kalau korang perhatikan trend drama televisyen sekarang ni,kebanyakan drama yang ditayangkan semuanya adaptasi novel.Bermula daripada novel Kasih Yang Suci { Nora Elena } , Setia Hujung Nyawa , Sebenarnya Saya Isteri Dia , Love You Mr.Arrogant , Playboy Itu Suami Aku , Cinta Pandang Kedua , Adam dan Hawa , Sehangat Asmara , Jodoh Itu Milik Kita , Projek Memikat Suami dan The Wedding Breaker { Ariana Rose }

Jadi,adalah seorang budak hingusan yang baru je habis SPM ni berangan-angan nak jadi penulis novel.Dia siap dah buat manuskrip.Tapi bila dia buka je laman web karyaseni,tengok-tengok ketebalan minima manuskrip tu ialah 350 mukasurat.Dan dia punya manuskrip baru ada 200++ mukasurat je :3

Tapi apa-apa pun,impian untuk jadi penulis tu tetap ada,insyaallah.Kalau ada rezeki,tak ke mana ye tak ? Doa-doakanlah kejayaan saya ya ? Wasalam.
Blogger Balqis Dayana said...

Annyeong~! ^^ Saya nak baca awak punya novel tu boleh tak? Mesti best kan? ^^ Semoga berjaya~! Jangan berputus asa~! Fighting~! ^^

 

Post a Comment