girls day out
Written by : hamizashuhada on Saturday, 4 January 2014 | 03:56 | 2 comments
Assalamualaikum and hello earthlings.

Hari ni merupakan hari pertama yang bermakna buat saya pada tahun baru 2014 ini.Kenapa ? Sebab hari ni saya keluar hang out dengan best friends selepas dah hampir .. lima bulan tak keluar sama-sama.Last sekali hang out pun tahun lepas,temankan Adibah beli baju raya.

And today,macam biasa kitorang jumpa kat Aeon Bukit Tinggi { memang situ je tempat paling jauh saya boleh pergi and safe,i guess. } Sayangnya Nana tak join :( Was hoping that she could make it but no . Tapi next time I'll give you a treat okay,Nana ? Hehehe

Dan sebenarnya motif pertama kitorang keluar sebab nak celebrate my belated birthday yang jatuh tersungkur pada 14 December yang lalu.Saya dah janji nak belanja diorang KFC so sampai-sampai je memang dah masuk masa makan tengahari,apa lagi laju je kaki melangkah masuk KFC.

Dibah sampai lambat sikit,kitorang dah makan dulu.Tapi tak lama lepas Dibah sampai Mimie pula kena balik.Duhh tak sempat nak ambil gambar ._______.

And masa tu masing-masing dah pakat keluarkan hadiah ehem hahahaha

Mimie bagi kotak simpan accesories yang super duper comel,siap ada jam kat kotak ni omg vintage gila she really know my taste.Dibah pula bagi teddy bear putih dan saya dah buat keputusan nak bagi nama dia Ms.Dibah.Syafiqah bagi selendang colour hijau hehehe tak sabar nak melaram.And last but not least,Nuurish bagi figura patung comel gila kaler merah tapi saya tak tahu apa nama dia.

Lepas tu kitorang tengok wayang cerita Paranormal Activity hm tak tahu nak  cakap apa.Ending dia tiba-tiba je.Tengok-tengok dah nama director ;_; Then,kitorang pergi ambil friendship bracelet untuk TRIO which is untuk saya,Dibah dengan Mimie.Lepas tu jalan-jalan tangkap gambar kat photobooth masing-masing bajet comel hehehe.Lepas tu kitorang pun balik.Tak puas lagi lepak dengan diorang sebenarnya.

Sebab,dah biasa masa sekolah dulu hari-hari jumpa.Ni jarang jumpa sedih lah :( Anyway inilah cerita untuk hari ini.So,bye.

Blogger Lilu said...

seronoknya dapat kawan yang macamtu. may your friendship kekal till jannah

 
Blogger Lilu said...

seronoknya dapat kawan yang macamtu. may your friendship kekal till jannah

 

Post a Comment