Its Forteen.
Written by : hamizashuhada on Saturday, 11 January 2014 | 23:38 | 2 comments
Assalamualaikum and hi earthlings.

Siapa kenal kumpulan Forteen ? Atau pun aku patut soal , siapa tak kenal kumpulan Forteen.Amboi,sampai macam tu soalan kau ya Hamiza .__. Okay lah siapa yang agak-agak clueless bila aku sebut pasal kumpulan Forteen [ Tak support artis Malaysia lettew, opsss ] , korang kenal tak Izzue Islam ? Ha,dialah salah seorang ahli kumpulan forteen yang sangat kebabom tu.

Okay kenapa aku cakap kumpulan Forteen ni kebabom ?
Sebab , pada aku lah , diorang ni ada style tersendiri , smart dan tak serabut. Yes,tak serabut. Bila aku tengok style dorang berpakaian samada smart atau casual pun tetap nampak menarik. Muzik yang diorang bawa pun bukanlah muzik rancak yang boleh buat orang rasa nak mengamuk bila dengar lagu dorang.


Kalau nak cakap pasal boy band atau kumpulan vokal lelaki yang aku suka kat Malaysia ni , maybe aku akan cakap Forteen. Tapi sekarang ni kalau kita tengok band macam Hyper Act pun dah ada pengikut yang tersendiri. Aku dah minat forteen sejak tahun 2011 lagi ( ye ke ni ? )

Dalam kumpulan ni,aku tak boleh nak pilih SEORANG AHLI yang aku suka,sebab semuanya aku suka hahahaha k gedik melampau , maaf. Tapi kalau aku harus memilih,aku akan pilih Izzue Islam lah sebab aku suka tengok dia berlakon,lagi-lagi dalam telemovie Cik Paris Diva Kampung ( bergandingan dengan Liyana Jasmay ) dan Sebenarnya Saya Isteri Dia ( bergandingan dengan Tiz Zakyah ). Entah,aku rasa Izzue ni dia ada satu karisma kebudak-budakan plus kecomel-comelan yang buatkan orang rasa nak tengok dan tengok lagi kalau dia berlakon. 


Okay , Izzue ni dah kahwin. Aku tak faham kenapa ramai orang yang mengaku peminat dia nak marah meroyan sangat bila dia kahwin. Biarlah dia nak kahwin ke apa,kita ni peminat kena sokong karier dia,bukannya jaga tepi seluar jeans dia.Betul tak ?


Hahaha dang ! Aku rasa Ariz Lufias ni ahli paling comel dalam Forteen. Umur dia 25 tahun , kalau aku salah tolong betulkan. Aku tak tahu nak ulas apa lagi sebab aku sendiri pun dah tergamam tengok gambar dia kat skrin laptop ni hahaha.


Yang ni pula ahli tertinggi dalam Forteen , Ameer atau nama sebenarnya Mohammad Arif Ameerais Azhar . Senang cerita kalau korang tanya kenapa aku suka admire Ameer ni sebab dia tinggilah.Tak ada sebab lain.Oh ada,sebab dia ahli kumpulan Forteen.Haha aku rasa kalau aku berdiri sebelah dia mahu separas bahu dia je kot T.T


Yang ni pula nama dia Ridzuan em tapi nama glamour dia One.Orang Perak rupanya,samalah dengan teman .__.  Hahaha dan pernah masuk One In A Million musim ketiga . To be honest , aku tak pernah tengok OIAM sebenarnya kihkih tapi aku follow jugalah update dorang kalau masuk paper pasal malam final ke apa ke kan ? Tak adalah nanti aku melongo je bila orang cerita pasal OIAM.


Sebagai penutup , biarlah aku letak gambar Forteen yang aku rasa paling comel dan paling terlihat candid yang aku jumpa dalam pak cik google. Hehe cuba tengok muka Ameer dengan One . Panas kot tempat dorang shoot gambar ni sebab semua pun mata tertutup. Tapi still nice,yelah orang-orang dah cute , tangkap gambar tengah menguap pun still cute lagi kan ?

So,itu sahajalah cerita tentang Forteen , kumpulan vokal terkemas dalam sejarah Malaysia. Wasalam. 








Blogger Wana Seoby said...

Aku kenal yang Ariz tu je sebab ramai kawan kpop mention dia kat twitter lol XD

 
Blogger nurhamiza shuhada said...

@ Wana Seoby Hahaha biasalah tu sebab dia paling cute dalam kumpulan ni :D

 

Post a Comment