Not An Option.
Written by : hamizashuhada on Wednesday, 15 January 2014 | 22:10 | 0 comments
Assalamualaikum and hi.



Kegagalan.

Perkataan yang sangat digeruni oleh setiap orang yang ada kat dunia ni.Gagal akan buat orang jatuh.Jatuh yang mungkin tiada bangunnya.Jatuh tersungkur yang mungkin akan membawa kesakitan yang tiada tandingannya.Tapi jika kita ada tekad,gagal bukanlah satu penamat.

Kegagalan bukan satu pilihan kerana kita tidak memilih untuk gagal.Gagal bukan juga satu pengakhiran kerana setiap sesuatu yang berlaku atas dasar takdir,pasti akan ada sebuah pengakhiran yang indah.Begitu juga dengan kegagalan.Jika gagal itu sakit,pengakhirannya pasti akan lebih manis.

Ketika kecil,kita mungkin pernah merasa gagal apabila cuba untuk berjalan buat kali pertamanya.Kita akan jatuh tersungkur,kita akan luka.Tapi kalau kita berusaha dan ada keinginan yang kuat,mesti kita akan berjaya juga akhirnya.Bukan sekadar berjalan,tetapi juga berlari.

Ketika kita menginjak remaja.Kita mungkin pernah gagal dalam peperiksaan.Kita mungkin pernah mengecewakan ibu bapa kita.Tapi pada akhirnya,dengan kegagalan itu,kita akan lebih bersemangat untuk tidak buat ibu bapa kita kecewa lagi dengan kita.

Ketika kita mencapai kedewasaan.Kita mungkin pernah gagal dalam percintaan.Kita akan rasa sakit dan kita akan hilang rasa untuk percaya lagi kepada sesiapa yang cuba mendekati kita.Tapi kegagalan dalam cinta yang pertama itu akan mengajar kita untuk jadi lebih matang dan memberi kita peluang untuk mencari yang lebih baik daripada dia yang telah menyakitkan kita.

Ketika kita sudah pun dewasa.Kita mungkin pernah gagal dalam kerjaya.Kita mungkin akan hilang kepercayaan oleh orang atasan apabila hasil kerja kita tidak sebaik yang diharapkan.Tapi kerana kegagalan yang pertama itu,kita akan bekerja lebih kuat untuk membuktikan yang kita bukanlah seorang yang gagal.

Saya memetik kata Michael Jordan , "I've failed over and over and that is why I succeeded.".

Terus terang,saya update entry macam ni pun untuk tenangkan diri sendiri.Because I think I've screwed up my SPM papers.Tapi gagal sekali,tak bermakna gagal untuk selama-lamanya kan ?

You know what,there's something good about being a failure ; It keeps you going.

Wasalam.




Post a Comment