Random Story.
Written by : hamizashuhada on Thursday, 16 January 2014 | 22:57 | 3 comments

Assalamualaikum and hi readers.

Dilema.

Aku ingat lagi masa aku tingkatan dua aku pernah baca satu artikel ni.Artikel tu tentang erti kedewasaan.Dalam artikel tu dia cakap ;

" Lapan belas tahun sudah boleh dianggap umur kedewasaan. "
Lebih kurang macam tu lah ayat dia.So now that I'm unofficially eighteen , ada sesetengah pihak yang cuba untuk memprovok ( ceh ayat ) aku untuk menjadi seorang yang dewasa.
Aku pun tak nak duduk rumah je , buat kerja-kerja kat dapur tu,lepas tu tengok TV,makan and all that common things I usually do at home.Aku nak kerja,sebab bila dah tak sekolah ni memang harapanlah nak dapat duit belanja sekolah lagi.

Tapi aku pun nak ambil lesen kereta.Kawan-kawan aku cakap " Baik ambil lesen kereta dulu baru cari kerja,tak ada masalah transport." Ya,memang betul hipotesis diorang tu.Tapi nak ambil lesen kereta kena guna duit bukan guna air liur je.

Jadi untuk ambil lesen aku kena kerja untuk kumpul duit.Tapi untuk pergi kerja aku kena ada lesen untuk berulang-alik ke tempat kerja.

Korang nampak tak dilema aku kat sini ?

Kerja dengan lesen kereta saling berkaitan - Nurhamiza Shuhada 2014.
 Aku selalu dengar dua ayat ni dalam drama atau filem .

" Money can buy anything."  atau "your money cant buy happiness."

Tapi sekarang ni,duit tu memang penting.Aku bukan cakap macam ni sebab aku mata duitan,tapi duit memang penting.Lagi-lagi bila duit simpanan aku sekarang dah semakin berkurang aku mula rasa kesedihan hidup tanpa wang.

Sobs sobs.


PLKN.

Tadi Ijah called aku dari PLKN.Aku dengar suara dia macam lain,rupanya dia demam.Kesian dia.So dia pun ceritakan pengalaman dia kat PLKN.Kena bangun pukul lima pagi,makan enam kali sehari,kena jalan kaki untuk pergi surau sejauh 100 meter.Aku cakap kat dia,tak apalah dapat pahala.

Tapi masa dia called tadi ada je suara perempuan buat pengumuman guna speaker sampai aku tak berapa dengar apa yang Ijah cakap.

Ijah cakap lagi,kat dorm dia tu kebanyakannya pelajar sekolah agama.So,dia rasa rendah diri sikit but for me its okay.Kita boleh belajar daripada orang yang lebih baik daripada kita untuk jadi orang yang lebih baik.Betul tak ?

Pastu Ijah cakap dorang kena kawad setiap pagi ( ke setiap apa , aku tak dengar sangat ) . And I told her,nasib baik aku tak dapat panggilan ke PLKN tu.Bukan sebab nak mengada-ngada atau menggedik tak nak kena panas bila kawad,tapi antibodi aku memang lemah sebab tu masa kat sekolah aku mana pernah masuk aktiviti sukan.Masa aktiviti kokurikulum pun aku main Softball pun main baling-baling bola je.Bila main yang real punya aku menolak,sebab kadang-kadang aku susah nak bernafas.Tapi masa aku masuk hospital tahun lepas pasal appendiks tu,tak ada pula doktor cakap aku ada asma ke apa ke.Idk.


Tak popular tak semestinya tak sedap.

Hari tu masa pergi 99 Speedmart,mama ada beli satu pek maggi goreng jenama Baa..gus.Jenama tu jarang didengar tapi sebabkan harga dia agak murah berbanding maggi yang berjenama terkenal,kitorang cuba beli.So petang semalam lepas dah update blog perut aku pun dah lapar jadi aku masuk 'bilik simpanan makanan' dan ambil sebungkus mi Baa..gus tu.Lepas dah rendam dalam air panas aku panaskan kuali then letak minyak sikit pastu goreng telur mata kerbau.

Lepas dah angkat telur tu masukkan perencah-perencah yang ada,kacau-kacau then masukkan mi.Masa tu bau dia dah harum semerbak satu rumah.Tapi warna dia tak berapa nak cun.So aku masukkan dalam pinggan dan bawa ke depan.

Em.Suapan pertama masuk dalam mulut,aku terkejut dengan rasanya.SEDAPNYA MENGALAHKAN MAGGI GORENG JENAMA TERKENAL KAU TAHU ?! hehehe. Jadi aku pun cakap kat mama supaya lain kali beli maggi goreng jenama ni je,tak payah beli jenama lain dah.

Itu jelah random story aku hari ni.Wasalam.

Blogger Wana Seoby said...

Aku pun dilema gak ni. Tapi aku bukan anak yang baik cam kau untuk guna duit sendiri half/half ambik lesen. Aku nak kerja dekat pizza hut T__T

Kau memang suka sangat cuba maggie baru. Nanti aku nak rasa jugak lah ^u^

 
Blogger nurhamiza shuhada said...

@Wana Seoby Hahaha mana kau tahu aku nak guna duit sendiri ? .__. Aku nak kerja kat farmasi atau kedai buku u.u

Sebab maggi terlampau sedap dan aku suka makan maggi so aku pun rasalah maggi baru.Cuma satu perisa yang aku takkan makan,perisa itik lol.

 
Blogger Wana Seoby said...

i kan stalker. I bacalah tweet you. hahahaha XD

eh aku penah lah makan perisa itik ._. rasa macam ayam je ._.

 

Post a Comment