Memori Buku Biodata.
Written by : hamizashuhada on Tuesday, 11 February 2014 | 22:24 | 8 comments

Assalamualaikum and hi people (s).

Dalam sepuluh tahun yang lalu,boleh dikatakan semua budak-budak sekolah especially budak perempuan seolah-olah dilanda wabak mengumpul biodata kawan-kawan.Kalau korang berumur lebih kurang macam wa  aku,mesti pernah juga terjebak sama dalam aktiviti ni kan? Kalau dulu guna buku latihan yang kecil tu masa tu harga dia RM0.60 sebuah,then guna pen warna warni suruh kawan-kawan satu kelas tulis biodata.

Anggap jelah ini macam buku biodata ya ? Hiks.

Benda paling wajib tapi paling tak boleh blah yang mesti ada dalam biodata seseorang ialah ucapan (?) dengan tanda tangan.Masa kecil dulu tanda tangan tak matang.Boleh dikatakan semua orang punya tandatangan mesti ada bentuk bintang atau pun love.Kadang-kadang bintik kat atas huruf I kecil (i) tu pun boleh ganti dengan bentuk bintang.Omg so lame.Haha tapi benda ni lah yang buatkan memori buku biodata ni jadi sesuatu benda yang apa orang cakap,salah satu memori yang paling fun dalam hidup seorang kanak-kanak.

Paling tak boleh lupa kalau cakap pasal memori ialah masa darjah empat ke lima ada satu trend di mana kat dalam biodata tu mesti tulis nama best friends dengan enemy.So bebudak kelas aku yang mana bermusuhan tu ramai yang menyembunyikan nama musuh dorang.Aku tak ingat siapa yang wujudkan kolum enemy but it was so funny hahaha.Antara jawapan cliche bila cakap pasal 'enemy' ialah : RAHSIA ataupun TAK ADA MUSUH.Em yelah tu padahal pasal cari gaduh dialah yang nombor satu kan ._.

Dan benda yang basic kalau nak tulis biodata kena ada nama penuh,nama panggilan,tarikh lahir,tempat lahir,hobi,cita-cita,makanan kegemaran,minuman kegemaran,warna kegemaran dan nombor telefon.Tapi masa tu zaman ke-poyo-an jadi ada sesetengah bebudak yang baru nak up akan tulis '014 tekan-tekan tak dapat' atau '016 tekan-tekan jahanam' lol dah kenapa ? Bukannya aku nak kacau kau siang malam pagi petang pun ceh.

Masa tu kalau buat biodata masing-masing control tangan nak bagi tulisan cantik.Kalau boleh tajuk biodata tu tulisan kena berbunga-bunga dan guna pen yang glitter ( akulah tu ) macamlah ada orang nak marah kalau kau buat hodoh-hodoh.Boleh dikatakan semua budak perempuan mesti ada buku biodata ni.Ada yang terlebih kreatif akan balut buku latihan 60 sen tu dengan kertas pembalut hadiah ( akulah tu ) dan ada yang terlebih duit beli buku cantik-cantik yang ada corak tu untuk buat buku biodata.

Masa zaman nak UPSR,sempat lagi tulis dua tiga buku biodata,kononnya yang last sebelum kitorang masuk sekolah menengah.So semua orang pun tulis "GOOD LUCK UNTUK UPSR,DONT FORGET ME" dekat bahagian ucapan dorang.Hahaha.Dan kalau kat bahagian makanan kegemaran tu jawapan cliche ialah "masakan mak" atau "apa-apa yang halal" omg very childish.Lepas tu kalau yang tangan seni tu akan lukis corak-corak kat page biodata dorang.Semua nak page masing-masing nampak meleTop.Termasuklah aku.

Sebenarnya sampai sekarang ada lagi buku biodata zaman dahulu kala tu aku simpan.Tapi untuk menjaga aib sesetengah pihak aku tak dapat nak tangkap gambar dan masukkan kat blog.

As time flies so fast,aku rasa budak-budak zaman sekarang (2000's babies) tak pernah pun cuba untuk buat buku biodata ni.Yelah,sekarang kan zaman teknologi canggih,apa barang nak main tulis guna tangan.Cara auto dah ada,tinggal taip dan publish.Sekarang ni bebudak umur 6 tahun pun dah ada facebook.So dari situ je dorang dah boleh berkenalan dengan ramai orang dan tengok profile dorang,tak payah nak penatkan jari menulis biodata lagi.

Buku biodata yang aku simpan tu aku akan jaga elok-elok dan tunjuk kat anak cucu generasi akan datang sebagai salah satu warisan -96's liners.Hiks.Wasalam.

P/S : Agak-agak kalau aku ada rezeki masuk universiti atau kolej nanti boleh tak aku mulakan semula tradisi buku biodata ni ? Hihi.


Blogger Lieya Von Jay said...

betol! syg nya biodata yg dulu dah hilang. rugi sgt

 
Blogger nurhamiza shuhada said...

@ Lieya Von Jay Memang sayang kalau hilang.Kenangan kan..

 
Blogger Wana Seoby said...

SERIOUSLY AKU NAK TENGOK AKU PUNYA DULU, HAHAHA

- serangan capslock. Aku takut kau ugut aku "Nana baik kau dengar cakap aku kalau tak aku sebarkan biodata zaman mentah kau" haha

 
Blogger nurhamiza shuhada said...

@ wanaseoby HAHAHAHA kau dah bagi aku idea bernas untuk mengugut kau mwahahahhaha.So you better be nice to me lol :p

 
Blogger norhana marsom said...

Biodata zaman sekolah dan zamat matrikulasi masih ade dalam simpanan..hehehe..

 
Blogger Nurulee said...

rasanya dulu ada jugak tulis biodata. tapi paling menyampah tengok kawan lain punya cantik. creative. sampai kat ee. pen hitam.biru je. ada yg pensel semata pun ada.
hahahahaha.

 
Blogger nurhamiza shuhada said...

@ Nurulee
Hehehe pen tu tak apa lagi.Yang paling havoc kalau tulis benda merepek kat biodata tu haha

 
Blogger Miss Boo said...

hahaha... dulu masa isi buku biodata kumpul pen warna warni nak bagi meriah. siap letak mutiara kata... :P

 

Post a Comment