My Beauty Tips [ Cantik ke ? ]
Written by : hamizashuhada on Thursday, 6 February 2014 | 03:16 | 0 comments

Assalamualaikum and hi peoples.


Okay,nampak tak tajuk yang agak tak boleh blah kat atas tu ? Tajuk tu sebenarnya cuma sesuai ditulis oleh orang yang cantiknya luar biasa,tapi aku .. krik krik. Cukuplah sekadar ada sepasang mata,sepasang telinga,hidung dan mulut.Alhamdulillah,selagi kita semua ada anggota badan itu kita boleh digelar cantik.Kerana cantik itu bukan bererti sempurna,am I right ?

So,kalau nak cakap pasal tips kecantikan ni,yang paling penting mestilah mandi.Itu paling penting untuk kekalkan kesegaran badan dan kebersihan tubuh korang dan juga untuk mengelakkan bau-bau yang tidak sepatutnya muncul.Lagi-lagi bila nak keluar,even pergi pasar malam atau pasar tani  atau apa-apa jenis pasar sekali pun,kena mandi.Lainlah kalau korang ni jenis yang main sembur-sembur perfumes je bila nak keluar rumah opss.So basically aku mandi 3 kali sehari,kalau sekadar duduk rumah je.Bangun tidur wajib mandi.Then petang dalam pukul 3 tu mandi sekali lagi.Malam pukul 8 mandi lagi sekali.

RAMBUT.

Untuk kekalkan kecantikan rambut,firstly korang kena pastikan korang guna shampoo yang betul.Means yang sesuai dengan keadaan rambut korang.Macam aku,aku guna shampoo avon naturals - coconut & acai berry.Sebelum ni guna jenama X,Y dan Z tapi rambut gugur bila pakai.Itu tandanya tak sesuai dengan rambut kita.So,aku guna avon naturals shampoo ni dan alhamdulillah rambut aku okey.Sebenarnya shampoo ni untuk dry/damaged hair.Tapi rambut aku taklah rosak,cuma kering je.

Pic from google.So,ni lah rupa botol shampoo yang gua aku pakai.Act aku pakai dengan conditioner dia sekali,satu set baru nampak perubahan.

Lepas dah shampoo,rambut yang basah tu korang jangan keringkan dengan hair dryer sebab benda tu cuma akan buat rambut bertambah rosak,kering dan bercabang.Let it dry naturally.Cewah.Then jangan sikat rambut masa basah,especially kalau rambut korang tu cepat gugur sebab rambut akan rapuh.Lol ni aku baca kat majalah apatah masa balik kampung hari tu,tapi boleh lah cuba praktikkan.

WAJAH

Okay,untuk jaga kecantikan muka.Aku pakai  C+ Facial Cleanser.Benda ni kawan aku,Eka yang perkenalkan.Sebab dia pakai okey,so kawan-kawan aku pun ada dua tiga orang yang pakai benda ni.Lepas dah cuci muka dengan facial cleanser tu,aku pakai krim yang tak bernama.Hehe sebab krim ni beli kat farmasi,juga diperkenalkan dengan Eka.Krim ni memang power sebab pakai dalam seminggu then dah nampak perubahan kat muka.Satu je kekurangannya sebab kalau habis tak boleh cari kat pasaraya.

C+ Facial cleanser.Aku mula pakai masa minggu kedua SPM.Sampai sekarang satu botol pun tak habis lagi.So I think its worth it dengan harga dia.

Lepas dah cuci muka,jangan lap muka dengan tuala yang sama korang guna untuk lap badan atau rambut.Sebab kandungan minyak dekat badan atau rambut boleh menggalakkan pertumbuhan bakteria dekat muka sebab kulit muka ni sensitif sikit.Then,apa lagi eh..Oh,mask ! Mask aku jarang pakai,tapi ada lah dalam simpanan.

Ni mask yang aku pakai.Dalam mask ni ada real rose petals.Bau dia sangat harum.So,kalau pakai pun selesa lah.

Badan

Aku guna shower gel & body lotion Avon Naturals Shea & Apricots,sebab bau dia sangat sweet.Bau dia buat kita rasa macam nak makan atau jadikan benda ni whipping cream atas kek kita.Sebab bau dia sangat soft dan sweet.Tapi sebenarnya tak kisah pun apa-apa jenis shower gel atau losyen yang kita guna,asalkan kita selesa dan tak mendatangkan iritasi pada kulit,I dont think its a big deal.Right ? 

Nilah rupa botol avon naturals shea & apricot body shower and lotion set.

Kulit tangan aku pula jenis yang agak kering,so aku guna Avon's Skin So Soft hand cream.Hari tu first beli masa ada promosi satu botol yang 75 ml tu RM4.90.So I grab three of them,alang-alang ada duit yang pak cik aku bagi masa pergi Sarawak tu.So,beli teruslah.


This probably be my favorite product of the month.Hiks.

Untuk kulit kaki pula,aku amalkan setiap malam sapukan baby oil dari jenama Johnson dekat seluruh kaki termasuk tapak kaki then pakai stokin.Biar kelembapan minyak tu menyerap dalam kulit.Biar sampai pagi.Tapi kadang-kadang stokin tu tercabut masa tengah tidur (?) disebabkan aku tidur tersangatlah sopan mengalahkan sleeping beauty lol.

Kuku

Untuk kuku,sebenarnya tak ada apa yang aku amalkan.Aku tak pernah buat manicure pedicure semua tu.I bukan retis hehe.Cuma aku potong kuku secara berkala,iaitu setiap hari jumaat pagi.Satu je tips untuk jaga kecabtikan kuku,jangan pernah biarkan kuku panjang macam hantu pontianak lagi-lagi kalau sampai segala daki melekat kat kuku tu.Sangat k.o : )

Sekian.Ini sahajalah tips a.k.a secret a.k.a cara aku jaga 'kecantikan diri'.Cantik ke ? Tepuk dada tanya selera,okay ? Adios amigos.

P/S : Aku yang baju merah tu.Tak tahulah berbaloi atau tak aku pakai produk tu semua dengan rupa aku hehek.Wasalam.











Post a Comment