Nalar.
Written by : hamizashuhada on Sunday, 9 February 2014 | 22:54 | 0 comments

Assalamualaikum dan hi.


Angan ini,
tidak tinggi.
Namun tidak mudah.

Kau umpama metafora.
Wujudmu hanya kiasan.
Satu ilusi dan mimpi.
Yang tidak akan pernah,
jadi realiti.

Aku nalar memikirkanmu.
Saban hari.
Tanpa mengira apakah aku.
Pernah sejenak ada di benakmu.

Jalan untuk ke harimu pencong.
Tanpa sedar hatiku pincang,
Menantimu,
ibarat menunggu wang emas,
wujud daripada dedaunan.

Hatiku ibarat terkena pedang bermata dua.



COPYRIGHT RESERVED.

Post a Comment