blog comel ?
Written by : hamizashuhada on Monday, 31 March 2014 | 02:05 | 1 comments

Assalamualaikum dan hai.


Tadi aku buka akaun ask.fm aku yang dah lama terbiar disebabkan kemalasan tahap infiniti aku yang membuatkan ask.fm seakan-akan jauh dariku.Ceh ayat.Dan ada satu soalan yang  aku rasa agak cliche , I mean , aku memang tak tahu macam mana nak jawab.Sama juga bila orang tanya aku macam mana nak buat blogskin,aku tak tahu macam mana nak jawab.

And I ended up jawab benda yang selamat macam ;

" Saya main buat ikut instinct sendiri je."
"Saya tak tahu nak cakap macam mana.Awak kena jadi creative dan berfikir di luar kotak."

And so on.Sangat klise dan selamat tapi aku memang tak tahu nak jawab.Aku buntu.Benda design-men'design ni memang ikut kreativiti sendiri.There's no way awak boleh tiru style orang nak design apa-apa sebab mungkin benda tu tak sama dengan taste awak.

Bagi aku,sebenarnya benda ni basic.Macam yang aku pernah cakap kat entry ini , " Skin yang saya buat selalunya saya main hentam je." Serious,segala benda yang korang nampak dalam blog ni semuanya daripada imaginasi sendiri.Saya design macam mana saya nak blog ni kelihatan.Kadang-kadang kalau kita terlalu well planned sangat pasal men-design pun benda takkan jadi sebab kita stucked dekat satu sisi je.So,set our mind free.Biarkan kreativiti kita menguasai diri.Ceh.

Tapi kalau nak tahu  sisi mana yang aku selalu pentingkan dalam men-design blog,this is it ;

SCROLLBAR.

I don't know why,tapi dari mula aku berjinak-jinak dengan blogskin,aku memang pentingkan scrollbar daripada benda lain.Aku suka guna mini and cute scrollbar with background yang menyerlah.And if korang tengok scrollbar aku sekarang pun,aku guna background gambar langit warna ungu.Its kinda cute isn't ? Lol okay aku memang suka perasan macam ni,maafkan saya -.-

HEADER.

Kalau korang memang follow perkembangan blog aku dari awal sampai sekarang,memang korang akan perasan transformasi header aku terlalu besar.Mula-mula aku pakai header yang ada gambar sendiri [ masa tu aku ingat muka aku lawa sangat agaknya lol] , then aku pakai header yang ada doodle,then yang kosong cuma ada tulisan je,dan sampailah sekarang.I keep it simple and clean.So,basically header ni ikut suka hati koranglah nak buat macam mana.Pandai-pandai adjust dengan saiz main body korang untuk tak nampakkan ketidakseimbangan antara header dengan body blog korang tu.

So,thats it.Kan aku dah cakap aku memang tak pandai nak ajar orang.Lagipun dalam buat blogskin memang dua benda ni je yang aku selalu tekankan bila buat blogskin.Yang paling penting,korang suka dengan design yang korang buat tu.

Okay ? wasalam.











Blogger Aimi Farhana said...

jeles!! nak blog yang comel macam awak jugak!!! hahha. over sangat kan.

 

Post a Comment