Resepi : Bubur Ayam Campuran [ Resepi Anak Dara lol ]
Written by : hamizashuhada on Tuesday, 4 March 2014 | 00:03 | 2 comments

Assalamualaikum dan hai !

Baca balik tajuk entri. Resepi ? Like seriously Nurhamiza Shuhada nak bagi resepi ? Hahaha well . Dah duduk rumah je lepas SPM ni rasanya dah boleh jadi suri rumah yang berjaya kot lol k kidding.


Okay serious ni sebenarnya bubur ayam.Tapi dah campak ikan bilis goreng,bawang goreng dengan carikan ayam goreng dalam tu so dah tak nampak tekstur sebenar bubur ni.Anyway,lets proceed to the recipe.

Bahan-bahan :
  • Dua cawan beras ( cuci bersih )
  • Sekeping dada ayam ( potong nipis )
  • Satu kiub ayam
  • 1/2 biji Lobak merah ( potong dadu )
  • 1 biji kentang ( potong dadu )
  • Garam,lada hitam,lada putih ( secukup rasa )
  • Bawang putih dan bawang merah ( tumbuk / hiris )
  • Bunga lawang , kulit kayu manis,buah pelaga 
  • Air secukupnya
  • Daun sup
  • Minyak masak secukupnya untuk menumis
Bahan-bahan lain :
  • Bawang goreng
  • Sambal goreng
  • Ikan bilis goreng
  • Ayam goreng ( dicarik  )                                                                                                                     
  • Okay,mula-mula kena panaskan minyak masak then tumis bawang putih,bawang merah, bunga lawang,kulit kayu manis dan buah pelaga tu  sampai naik bau.
  • Lepas dah naik bau,masukkan beras yang dah cuci.Then masukkan air dalam tiga cawan.          
  • Lepas tu masukkan kiub ayam,kentang,lobak merah,ayam dan daun sup.
  • Masak sampai nasi dah jadi bubur.
  • Lepas nasi dah jadi bubur letak garam,lada hitam dan lada putih secukup rasa.
  • Lepas dah rasa, tutup api.
Untuk buat sambal goreng , ambil tiga biji cili padi then goreng dengan minyak yang sangat sikit.Then tumbuk  guna lesung batu.




Tadaa , nasi dah jadi bubur ! Haha , enjoy yourself. Wasalam.






Blogger Incik Zarif said...

simple, tapi kalo kene time tengok tv, hu... tak terkata nikmatnya

 
Blogger nurhamiza shuhada said...

@Incik Zarif betul tu :)

 

Post a Comment