inside my beauty kit : lip care collections.
Written by : hamizashuhada on Sunday, 25 May 2014 | 02:35 | 0 comments


Assalamualaikum and hi semua orang ! Selamat berhujung minggu.

Okey. Sebenarnya niat di hati nak sambung entry encik blogger hari tu. Tapi dah ramai yang comment dapat teka siapa dia so rasanya takyah sambunglah ye ? Malulah pulak kahkah. And ingat tak entry menunggu tawaranmu tu ? Nawh just forget it. Den tak dapat pun sobs sobs. Mental breakdown betul.

Okay back to the topic.

Tak semua gegirls zaman millenium ni suka pakai lipstik. Same goes to me. Its a no-no. Very the mak cik. Hehe gurau. Sila jangan kecam saya. Cuma bagi aku pemakaian lip balm lebih mudah senang ringkas affordable dan fleksibel. Amboi. Haha.

Ni lip gloss avon.

Okay . Lip gloss ni jarang aku pakai sebab dia berkilat dan sangat tak rock kalau pakai pergi jalan jalan kat mall. Kalau pergi kenduri ongkawen ke apa ke sesuai lah. Very the gucci gitu. Yelah nama pun lip GLOSS. mestilah berkilat ye tak ?

And yang aku ada ni body dia bercantum dengan a slim miniature perfume but too bad , pun aku jarang pakai juga. 

Kesimpulannya lip gloss ni memang perperap dalam laci je unless kalau nak pergi kenduri glamour glamour barulah aku pakai.

Ni pula lip balm Avon 

Okay. As you can see kat dalam gambar tu ada dua sticks kan ? Yang stick warna pink isi dia yang warna putih tu. Its very shimmering uolls. Masa order tak perasan yang itu shimmering punya. Lol. 

And yang packaging dia warna purple tu isi dia yang warna merah tu. Okay yang itu aku suka pakai. Sebab its not too glossy macam yang warna putih tu. 

Kesimpulannya , I prefer the purple one which is actually bau macam cherry. Manis je macam nak makan. Plus, dia tak berkilat berkilat bling bling kebabom sangat menjadikan ia fleksibel dipakai ke mana mana sahaja ♡

Ni silky lips ( silky girl ) color lip balm

Okay. And for this one. Lip balm ni ada keluarkan warna everytime kita calit ke bibir. Tapi warna dia tak over sangat. Just nice dan masih mengekalkan fungsi asas stik ini sebagai lip balm dan bukannya lip stick.

Kesimpulannya , kalau kena bagi bintang kat silky lips ni , Nora bagi empat bintang !!! Eh tetiba Nora apahal. Aku bagi four out of four stars kat produk kesayangan ini . 

Nivea lip balm.

So I just bought this mini stick yesterday. Sebenarnya nak beli silky lips macam yang kat atas tu sebab dah nak habis. Tapi bila sampai sampai kat Watsons tu mata ni tertarik pula kat Nivea Cherry lip balm ni. Terbatallah niat nak repurchase silky lips sobs sobs. Dan sekarang dah menyesal sebab silky lips best sangat ! T___T

Tapi tak adalah menyesal sangat sebenarnya sebab Nivea Lip Balm ni pun best jugak ! Bukan best juga , memang best sebab dia melembabkan bibir kita sangat sangat. Means tak cepat hilang lah. Dan dia tak terlalu berbau macam kau tuang minyak wangi victoria secrets dalam tu. Just nice. Nak pakai kat rumah pun tak rasa terganggu sebab dia tak oily.

Kesimpulannya , selepas Silky Lips , Nivea Cherry Lip Balm adalah produk penjagaan bibir yang paling aku suka walaupun baru dua hari pakai. Selesa je bila pakai sebab dia tak berminyak. In fact , I even wear it at home , all the time sebab dengan cuaca yang tak menentu ni bibir memang mudah sangat kering.

So ya , itu jelah yang aku nak share hari ni.  Tapi it doesnt matter apa jenis lip balm yang korang pakai as long as dia mempunyai kadar SPF yang mencukupi untuk jaga kelembapan bibir korang, then pakai je. So I think thats all. Wassalam.

P/s : Nak kena juga beli Silky Lips ! Haha





Post a Comment