sebab nanti rindu.
Written by : hamizashuhada on Wednesday, 28 May 2014 | 07:47 | 1 comments
Assalamualaikum dan hai semua orang.

Aku pernah ternampak satu tweet yang tertulis ; " at the end of the day , you will realize that you were friends with certain people just because you saw each other five days a week." Which is actually memaksudkan kawan kawan di sekolah.

Aku bersyukur kawan kawan yang pada mulanya sekadar teman sekelas tidak berakhir hanya disitu. Hubungan kami diikat dengan istilah persahabatan dan bukan hanya kawan. Aku bersyukur tweet yang aku baca itu tidak berlaku dalam persahabatan kami. Terima kasih encik wechat. Anda menghubungkan kami.

Kawan. Siapa yang tak ada kawan ?

Dulu sisi pergaulan aku sangat terbatas. Jika aku kawan dengan si A dan B maka aku hanya akan rapat dengan mereka. Bukan aku mahu hidup begitu, tetapi kerana ketika itu aku masih mentah. 14 tahun. Perkataan putus sahabat itu adalah perkataan yang paling menakutkan bagi aku. Sama seperti apabila kawan kita mengugut nak bagitahu mama kita tentang sesuatu rahsia. Begitulah perasaannya. Jadi aku biarkan mereka mengatur perjalanan aku setiap hari di sekolah. Sehari tak rehat sama sama boleh membawa pergaduhan yang berpanjangan. Sangat tidak matang. Akhirnya dek kerana tak mahu lagi jadi seperti si lembu yang dicucuk hidung , aku menjauhkan diri. Bukan sengaja. Cuma tidak suka diri dikawal selia.



Bagi aku persahabatan bukan tentang rehat bersama setiap hari di sekolah. Jika itulah nilai persahabatan , betapa murahnya nilai itu. Sedangkan bagi aku persahabatan itu tinggi tarafnya. Bagi aku persahabatan juga bukanlah tentang mengungkit semula pertolongan yang pernah diberikan kepada kawan kita apabila berlaku salah faham.

Banyak benda yang aku belajar tentang persahabatan semenjak aku melangkah ke sekolah menengah. Tapi di tingkatan 4 baru aku tahu erti persahabatan yang sebenar.

Bermula dari manusia asing yang saling tidak mengenali. Dipertemukan di dalam sebuah kelas bernama 4 sastera 3. Alhamdulillah. Aku tahu siapa kawan siapa lawan.

Dibah dan Mimie tidak usah aku ceritakan lagi. Dah banyak kali nama mereka aku catitkan di dada blog ini. Merekalah kesayangan . Merekalah racun dan mereka jugalah penawar. Salah faham biasa dalam persahabatan tetapi alhamdulillah segalanya dapat kami harungi.  Apa yang pasti hidup ditempat baru nanti pasti tidak sama kerana Dibah tiada.

Ijah dan Eka. Mengenali Ijah semenjak di tingkatan 3 lagi. Tetapi tidak terlalu rapat bahkan jarang sekali bertegur kerana aku terkurung dalam belon persahabatan yang penuh dengan udara beracun di dalamnya. Melangkah ke tingkatan 4 , aku mula mengenali Ijah. Ijah ( Azliza ) yang selalu mengusik dan mengenakan kami semua. Ijah yang memberi kata semangat di kala semangat aku hilang menjelangnya hari pengumuman keputusan spm tempoh hari. Ijah yang memberi nasihat penuh berguna.

Eka. Satu peristiwa berkait dengan Eka yang takkan aku lupakan sampai bila-bila. Eka meminjamkan aku tudungnya semasa aku dilanda masalah dan maruahku rasa dijatuhkan. Semasa seisi kelas memandangku sinis. Semasa ada si riuh mencanang keburukanku. Seperti satu dosa besar telah aku lakukan. Eka tampil sebagai penyelamat. Meminjamkan aku tudung sekolahnya.

Dibah , Mimie , Ijah dan Eka. Empat orang insan yang buat aku rasa kehidupan di dalam kelas lebih bermakna. Beberapa tahun hidup dalam kelas yang mungkin taraf sosial pelajarnya tidak sesuai dengan aku. Menjadikan aku mangsa ejekan selalu. Tetapi dengan adanya mereka berempat , rasa rendah diri itu hilang. Kerana apa yang aku tahu , jika aku diejek aku masih ada mereka. Jika aku jatuh mereka akan bantu aku untuk bangun.

Kini setelah 2 tahun bersama , tibalah saat untuk kita membawa haluan masing masing. Aku dan Mimie ke Bangi. Dibah ke Shah Alam. Eka dan Ijah masing masing ke Melaka dan Pahang. Jauh.

Aku akan merindui mereka . Sungguh. Kerana sudah terbiasa apabila melangkah ke dalam kelas aku melihat mereka. Belajar bersama stayback bersama rehat bersama. Tetapi memang kita harus berpisah untuk masa hadapan.

Pasti pelik rasanya rehat tanpa gelagat Dibah beratur membeli teh o ais. Mimie yang selalu makan waffle coklat. Eka dan Ijah yang selalu buat lawak sampai tak larat nak gelak.



Hari ini kami berjumpa. Mungkin untuk kali terakhir sebelum masing masing mendaftar untuk ke tempat baru. Empat jam yang dipenuhi gelak ketawa. Tetapi saat kaki menjejak tar di hadapan rumah , hati mula terasa kosong. Tahu yang aku akan sangat merindui mereka.

Mimie tiada dalam gambar. Kesayangan yang seorang itu berada di kem plkn. 





Ah. Entri ini bukan untuk bersedih pasrah sebenarnya. Tetapi sebaik jejari menyentuh papan kekunci hati menggerakkannya menekan satu per satu huruf. Sepatutnya entri ni cerita gembira !!! Apa ni Hamiza !!!! Hahaha.


Wassalam.

P/s : sebab nanti bila aku rindu korang , tak kira malam ke siang aku akan call korang nangis nangis. Haha

Aimi Farhana terima kasih sudi tulis pasal blog saya yang tak seberapa ni :)



Blogger Norsa Sara said...

Friendship has it own bittersweet. Thank you with technology nowdays because I always exchange photo my buddies and WhatsApp-ing. Rasa macam distance is nothing. :)

All the best for your friendship. May it remain until the end ^_^

 

Post a Comment