bukan rezeki
Written by : hamizashuhada on Sunday, 1 June 2014 | 05:17 | 3 comments

Assalamualaikum dan hai semua orang ♡

Wah tetiba dua tiga hari ni rajin pula nak update blog. Bukan selama ni malas , tapi sebab tak ada benda nak cerita. But now , nak cerita sikit pasal sambung belajar. Kira kesinambungan entri Menunggu Tawaranmu hari tu lah.

Okay. Kalau korang baca entri tersebut mesti korang dah tahu yang masa aku tulis entri tu aku tengah menunggu tawaran untuk sambung belajar. So ya , for your information result upu dah lama dah keluar. In fact bebudak yang diterima pun dah nak register esok. While me ? Well I didnt make it.

Sedih ? Ya sedih. Kecewa. Pasrah. Redha. Menyerah. Semua perasaan tu bercampur bila aku buka je web upu then keluar perkataan DUKACITA DIMAKLUMKAN ANDA . . . . well ya , who doesnt kan ? Bila kita dah letak our highest expectation kat certain benda and berakhir dengan kita gagal, perasaan kecewa tu tak boleh ditidakkan.

Yes , I cried . I cried so much sampai sehari tu aku duduk dalam bilik je tak keluar. And papa called me , cakap its okay. Jangan sedih kita usahakan yang lain BUT STILL ITS NOT OKAY !
UITM WAS MY DREAM UNIVERSITY TO PURSUE MY STUDY AND IT STILL IS. I PUT MY HOPES TOO HIGH AND THEN WHEN I FALL , IT HURTS.

Masa tu aku terfikir , keputusan SPM aku teruk sangat ke ? I didnt failed any subject. I got credits for all my subjects. And I dont even have an D. Or my A's tak cukup layak untuk aku masuk universiti ? Atau sebab aku aliran sastera ? Atau sebab aku tak ambil addmaths ? Well that does made sense. Ada orang pernah cakap add maths ni penting.

So ya , at that point of my life , I gave up. Keesokan harinya aku bangun dan nampak mata aku bengkak. Effect nangis sepanjang malam kot lol. Lepas dah mandi apa semua tu I started to think , takkanlah sebab tak dapat masuk uitm je kau nak nangis camni. Come on , this is regarding your future kot. And luckily masa tu aku teringat yang aku ada mohon KPTM as my back up plan. Just in case kalau upu tolak permohonan aku kan ? So I checked KPTM's web and it stated yang keputusan hanya akan keluar dalam belas belas hari bulan 5 camtu.

So aku tunggu hari tu tiba dengan penuh sabar. Sambil2 tu ada lah aku mohon macam2 ipts yang ada macam KUIM KUISAS KUIS IIC dan sebagainya. Tapi hati aku tetap kat KPTM sebab i dont know. Aku rasa kat sana macam lebih secure well dah nama pun kolej polytech mara kan.

So nanti bila orang tanya aku study mana dan aku sebut mara takdelah orang ingat aku nak menghabiskan duit mak bapak je :3

Then satu hari tu a friend of mine , ( wana ) suruh aku buat rayuan for upu. Walaupun macam dah tawar hati kecewa apa bagai sebab dah kena reject tapi sebab hati ni masih terpaut pada UITM DIHATIKU aku pun buatlah rayuan.

Tak lama lepas tu buka web kptm pastu dia tulis " tahniah ! " and adalah lagi ayat dia panjang kan malas nak taip kat sini. Masa tu rasa masa depan yang sebelum ni rasa cam dah gelap malap je bila tak dapat upu jadi bersinar terang shine bright like a diamond gitu .

Diploma In Business Management - KPTM Bangi.

Well , inshaaallah 21 June ni aku akan daftar kat sana. Jumaat lepas baru je pi tengok kolej dan asrama nya. Hm nampak cam best lagipun kat depan kolej dan asrama BANYAK GERAI MAKAN hahahahahahaha ko ni nak gi belajar ke nak melantak lol --'

Tapi buat sementara ni masih lagi tunggu keputusan rayuan keluar. Manalah tahu peluang untuk masuk uitm di hatiku masih ada kan ? Kalau memang tak ada rezeki , masuk jelah KPTM. Anggap je rezeki memang kat KPTM.

Walaupun sebenarnya hati ni degil nak jugak masuk uitm lol.

Anyway esok 2 orang kawan baik den iaitu Wana dan Eka akan register uitm omg both of you are so luckyyyyyyyy T.T sorang ke Johor sorang ke Melaka. sorang pengajian perniagaan sorang masscom. Good luck korang & do your best tak kiralah masa minggu destini tu ke masa presentation ke masa exam ke just do your best and fighting !!!! Kalau ada rezeki inshaaallah aku pun akan jadi budak uitm cam korang. Kalau non hado , janganlah malu nak kawan ngan budak kptm cam aku ni

Well actually tu ayat untuk sape yang rasa budak ipts ni kurang cerdik otak mereka lol. Tak ada maknanya. Apa yang aku faham pasal ipta ipts ni semua , rezeki memainkan peranan. Sk takyah lah budak ipta nak bash budak ipts. Budak ipts nak bash budak ipta.

Sebab ipta ke ipts ke tu cuma tempat untuk kita belajar. Yang penting niat. Kalau ko masuk ipta dengan tujuan nak berlagak ko pandai dekat budak2 ipts pun salah jugak sebab budak ipts bukannya kurang cerdik. Cuma rezeki itu memang memihak kepada korang. Sebab lepas aku google google cara pemilihan budak2 yang masuk ipta ni , dia guna kaedah merit ( if Im not mistaken ) which is actually dia tak kira pun berapa A kau dapat.

Pasal tu masa hari keluar keputusan upu tu aku tengok ramai yang sentap kat twitter kenapa budak yang dapat 1 2 A diterima masuk tapu dorang yang 5 6 A tak dapat.

Itulah yang kita panggil bukan rezeki ye rakan rakan seperjuangan sekalian :))

Akhir kata  , tak kiralah kat mana kita belajar yang penting niat dan usaha untuk belajar tu. So kepada batch 96 yang nak register uitm esok  mahupun nak register di lain lain universiti tak lama lagi , fighting !!! Tutup buku lama buka buku baru. Forget the past. Forget your spm results sebab bila kita jejak je kaki ke universiti all that doesnt matter anymore. Bila kita masuk universiti rekod kita kosong dan kitalah yang kena corakkan masa hadapan sendiri dalam buku rekod tu. Dan masa hadapan kita bermula di sini , di universiti atau kolej tempat kita yang dahagakan ilmu ini menimba pengetahuan.


Well, sometimes life in unfair. But you just gotta deal with it. Bila Allah tidak memberi sesuatu yang kamu inginkan, Dia akan memberikanmu sesuatu yang kamu perlukan.

Inshaallah.

Wassalam !
Blogger Norsa Sara said...

Same here. When I was your age I cried so long. Imagine I was in group of 7 pretty girls (lol)and I'm the only one didn't get accepted in any Uni's. Sedih kan.

Then I took form 6. Alhamdulillah now I'm pursuing my degree in UPSI :)

All the best dear <3

 
Blogger nurhamiza shuhada said...

Ikr. Its really depressing knowing that we are not accepted in any ipta. But its not a big deal though . We still can pursue our studies anywhere. Asalkan niat tu ada.

Thank you ♡ all the best to you too !

 
Anonymous Anonymous said...

Uitm Seri Iskandar second intake aq dtg

 

Post a Comment