trip to penang
Written by : hamizashuhada on Sunday, 27 December 2015 | 16:56 | 2 comments
Assalamualaikum, hi.

If any of you remember I had mentioned about a short trip to Penang on my previous post kan ? Bila fikir-fikir balik aku taknak lah lupa memori tu macam tu je. Bak kata Papa, " Nanti korang dah besar korang akan ingat balik, oh aku pernah pergi sini dulu dengan mama papa. " -- That made me a little emotional, actually. Haha.

So ya, back to the topic. That was actually our second trip to Penang. Our first was last year, if I'm not mistaken. Trip kali ni kitorang stay for 4 days 3 nights kat Flamingo Hotel by the beach located at Tanjung Bungah. Sebelum sampai Penang kitorang singgah Kuala Sepetang sebab alang-alang nak hantar opah balik Bidor. So kitorang pergi makan kat restoran Mee Udang Mak Jah ( I guess its well known sebab ramai gila orang ). Kira memang puas hati lah makan mee udang kat situ sebab udang dia besar-besar and each person akan dapat 5 ekor udang dalam mee dia. Kalau udang tu ekstra besar dia akan bagi 4 ekor. Lepas habis makan kitorang pun teruskan perjalanan pergi Penang.

Kitorang sampai Penang masa tu dah petang. Nak dekat Maghrib baru checked in hotel. But too bad tak dapat bilik yang sea-view. Hotel memang penuh, cuti sekolah kan, biasalah. Lepas mandi rehat-rehat kejap kitorang gi makan kat kedai tepi jalan tak jauh pun dari hotel. Sebab masing-masing dah penat sehari duduk dalam kereta.

Esoknya pagi-pagi semua dah bangun. Papa, Mama, adik Kakai ngan Cimi turun bawah awal sikit sebab nak mandi kolam. Aku pulak prefer having my own sweet time dulu dalam bilik. Lepas dorang naik bilik baru kitorang turun balik untuk sarapan. Aku cam biasa kalau breakfast kat tempat camtu mesti akan makan bubur nasi sebab its just suit my appetite haha. So lepas breakfast apa semua kitorang pun keluar nak jalan-jalan.

Disebabkan masa kali pertama datang kitorang dah pergi Bukit Bendera, kali ni kitorang decide nak pergi tempat lain pulak. This time around kitorang sempat pergi tengok Penang Dragon Boat Festival kat Teluk Bahang.


Then kitorang singgah KOMTAR jap pusing-pusing dalam tu. Pastu kitorang plan nak pergi Penang Festival malam tu so petang tu kitorang singgah Batu Ferringhi konon nak lepak-lepak kejap. Sekali ambik kau sedar-sedar dah lewat. Seronok sangat kena angin laut katanya. Dengan pasrah nya kitorang hadap jammed nak balik hotel. Pastu sebab Cimi dah penat asyik nak tidur je kitorang pun tak jadi nak gi Penang Festival /sad\

Basically trip kitorang kali ni just banyak chill and relax compare to trip kitorang yang first. Masa first time banyak tempat kitorang pergi, Bukit Bendera, Rumah P.Ramlee and Ferringhi Walk. Ferringhi Walk ni second trip ni pun kitorang pergi lagi. Dia cam wajib pergi hahaha sebab boleh shopping bebanyak kat sini.

So last day before balik tu kitorang singgah snake temple. Staffs temple tu offer untuk ambilkan gambar kita pegang ular but no way man, I dont have the courage to do so. Lastly kitorang singgah makan tengahari kat Line Clear Nasi Kandar. Weh sedap gila I tell you. Aku yang tak makan kari pun boleh telan weh kari tu. Masa tu lah first time aku makan telur ikan / papa order dan disebabkan mama dengan kakai taknak makan aku pun terpaksalah, tapi sedap ! \

Oh ya did I mentioned yang aku jumpa Siti Saleha dengan Nasha Aziz kat hotel sebab dorang tengah shoot apa tah kat sana. Siti Saleha sumpah cantik gila in real life sumpah cantik sis nak nangis lol.

Aku rasa sampai sini je aku mampu cerita. Sorry I sucks at writing journal, cerita dah berapa minggu terperap aku lupa storyline kahkah. Till then, bye !


Blogger Mariyah Jasni said...

hey, im that random penang girl u messaged, dk why u quit but if u wanna keep in touch reply me ok

 
Blogger Mariyah Jasni said...

hey im the random penang girl u messaged, dk why u quit but reply me if u wanna keep in touch
ps. ill watch sassy go go now

 

Post a Comment